Pelajaran 1

Pelajaran 1

!غُورْ مِنْ وِشِّي

Berambus dari sini!

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. قُومْ اِمْشِي يَا كَلْبْ يا ابن الكلب!

2. اِنْتَ جَايْ تِشْتَغَلْنِي ؟ جاي تِشْتَغَلْنِي ؟؟!

3. غُورْ مِنْ وِشِّي!

4. غُورْ!

Terjemahan

1. Bangun, pergi wahai anj*ng, wahai anak anj*ng!

2. Kau datang nak tipu aku? Datang nak tipu aku?

3. Berambus dari sini!

4. Berambus!

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan قُومْ merupakan fi’il amar untuk قَامَ. Ditulis tanpa membuang huruf waw di tengah kerana melihat kepada sebutannya yang panjang. (Orang Mesir sendiri selalu tulis begini).

Huruf ق ini juga tidak disebut seperti bahasa Arab Fusha. Ianya disebutkan dengan hamzah.

Jika ingin menyuruh orang perempuan untuk bangun, kita cakap قُومِي. Sama juga, huruf ق disebut sebagai hamzah. (Penjelasan lanjut di bahagian sebutan.)

2. Perkataan امْشِي ialah fi’il amar bermaksud ‘pergilah berjalan‘. Tetapi boleh juga digunakan untuk menghalau seseorang seperti dalam ayat ini.

3. Perkataan جَايْ (baca: Gaii) ialah ism al-fa’il bagi kata kerja جَاءَ. Asalnya جَائِي akan tetapi diringankan sebutannya maka huruf hamzah tidak disebut dan ditukar kepada ي.

Untuk perempuan, جَايَّةْ (Baca: Gayya)

Maksudnya ialah, ‘seorang yang datang’.

4. Kata kerja تِشْتَغَلْنِي ialah fi’il mudhari’ berasal dari اشْتَغَلْ.

Huruf pertama (huruf al-mudhara’ah) amat kerap dikasrahkan dalam diaek Mesir. Kecuali untuk dhamir أنا.

Dari segi maksud, kata kerja اشتغل bermaksud ‘bekerja‘.

Namun dalam konteks tertentu (contohnya seperti dalam video ini), ada juga bermaksud ‘menipu‘.

5. Perkataan غُورْ pula ialah perkataan yang kasar untuk menghalau seseorang atau pergi dari sesuatu tempat. Ianya ialah fi’il amr.

Ianya jauh lebih kasar berbanding رُوحْ yang bermaksud ‘pergilah’. Ruh ini tidak mempunyai apa-apa makna halau atau seumpama dengannya. Hanya semata-mata suruh orang pergi.

Jika pihak kedua ialah perempuan, kita katakan غُورِي.

Jika ramai, tak kira lelaki atau perempuan kita katakan غُورُو.

6. Perkataan وِشّ pula bermaksud, ‘wajah‘.

Wajah saya: وِشٍّي (Baca: Wesh-hi)

Perkataan ini sama seperti mana-mana isim lain, juga boleh bersambung dengan mana-mana dhamir (Kata Ganti Nama Diri).

Contoh:

Wajah dia (L): وِشُّهْ (Baca: Wesh-syuh)

Wajah kamu (P): وِشِّكْ (Baca: Wesh-syik)

Wajah kamu (L): وِشَّكْ (Baca: Wesh-syAk)

 

⚡️ Cara Sebut

1. Banyak huruf ق dalam dialek Mesir disebut dengan hamzah.

Jadi bagaimana cara mudah untuk belajar sebut perkataan seperti ini?

Tulis semula perkataan tersebut denga menggantikan ق dengan أ. Kemudian cuba sebut perkataan yang telah ditulis semula itu.

Contoh, perkataan قُومْ boleh ditulis أُوْمْ.

Perkataan اُقْعُدْ boleh ditulis أُؤْعُدْ.

2. Dalam ayat kedua (2) ada perkataan جَايْ perkataan ini disebut seperti ‘gai‘.

Dalam dialek Mesir, kebanyakan huruf ج disebut dengan bunyi ‘G’. Dikatakan kebanyakan kerana ada beberapa perkataan dengan pertusan kurang dari 1% disebut seperti ‘J’.

 

⚡️ Intonasi

(Rujuk bahagian transkripsi di atas)

1. Ayat nombor (1) boleh diucapkan dengan nada meninggi atau tenang. Bergantung kepada situasi.

2. Ayat nombor (2) diucapkan dengan nada semakin meninggi seperti pertanyaan. Kalau dalam bahasa Melayu nadanya seolah-olah “Kau datang nak tipu aku ke?”

3. Ayat (3) dan (4) diucap dengan intonasi marah.

Walaubagaimana pun, yang paling utama ialah perhatikan bagaimana ayat-ayat ini disebut di dalam video dan cuba tiru sebijik-sebijik.

 

⚡️  Situasi

Ayat-ayat seperti ini hanya boleh digunakan ketika benar-benar marah atau bergurau dengan kawan rapat sahaja.

 

⚡️  Budaya

Haiwan yang biasanya orang Arab sebut untuk memaki ialah كلب (Anjing).

Hampir tiada orang Arab yang memaki menggunakan perkataan خِنْزِيرْ (Khinzir).

 

⚡️ Pesanan Ringkas

Jangan lupa untuk hadam semua maklumat ini kemudian ulang-ulang dengar video sambil perhatikan intonasi dan sebutan.

Ulang & tiru!

Jangan mudah berpuas hati.

Faham, Ulang & Tiru sampai lah ter-ingat dengan sendiri.

Hari ni ulang yang ni je.

Buat latihan betul-betul. Esok InsyaAllah kita tengok pelajaran baru!

Jumpa esok! 😉