Pelajaran 7

Pelajaran 7

هَيِبْقَا سِرّ بِينِي وَبِينَكْ

Akan jadi rahsia antara kita...

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1.وَطَبْعًا الكَّلَامْ دَهْ هَيِبْقَا سِرّ بِينِي وَبِينَكْ

Terjemahan

“Dan sudah tentu perkara ini akan jadi rahsia antara kita berdua.”

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan وَ bermaksud ‘dan’.

2. Perkataan طَبْعًا bermaksud ‘sudah tentu’.

3. Perkataan الكَّلَامْ asalnya bemaksud ‘kata-kata’ akan tetapi dalam konteks in diterjemah sebagai ‘perkara’.

4. Perkataan ده bermaksud ‘ini’.

5. Perkataan هَيِبْقَا ialah gabungan antara هَـ yang bermaksud ‘akan’. يِبْقَا bermaksud ‘berlaku’ atau padanannya dalam bahasa Arab ialah يكون.

Jadi, هيبقا padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah سَيَكُونُ dan diterjemah sebagai ‘akan jadi’.

Sebagai maklumat tambahan, huruf هَـ  boleh ditambah di awal fi’il mudhari’ untuk maksud ‘akan.’

6. Perkataan سِرّ bermaksud ‘rahsia’.

7. Perkataan بَيْنِي secara literalnya bermaksud ‘antara saya’. بَينَكْ secara literal bermaksud ‘antara kamu’.

Huruf كْ pada perkataan ini bermaksud إنت.

Macam mana kita tahu?

Tengok baris sebelum ك ni. Kalau fathah, maka dia merujuk kepada إنت. Kalau kasrah maka dia merujuk kepada إنتي.

Kalau بينك untuk (P), bunyinya ialah ‘beeynik.’

Keseluruhan frasa ini bermaksud ‘antara kita berdua’.

 

⚡️ Cara Sebut

1. Huruf وَ boleh disebut dengan dua cara dalam dialek Mesir; Satu dibaca dengan ‘we’. Kedua, dibaca dengan ‘wo’.

2. Perkataan الكَّلَامْ disebut sebagai ek-kalaam.

3. Perkataan ده disebut sebagai ‘da’.

4. Perkataan هيبقا disebut sebagai ‘hayeb aa’. Huruf ق disebut seperti hamzah. Seolah-olah tulisannya yang sebenar ialah:

هَيِبْئَا

5. Latih diri untuk perhatikan sebutan yang akan berlaku apabila dua perkataan dibaca bersambung. Contohnya, habungan antara ده هيبقا ini akan berbunyi, “DDAAHA-YEB AA”.

6. Perkataan سرّ pula disebut seperti ‘siRR’. Pastikan ada bunyi syaddah pada huruf ر.

7. Perkataan بيني pula disebut seperti ‘beeyni.’

8. Perkataan بينك disebut sebagai ‘beeynak’.

Kesimpulannya ayat ini disebut sebagai, “We tob’an ek-kalaam dahayeb aa sirR beyyni wo beyynak.”

 

⚡️ Intonasi

Ayat ini diucap dengan nada sederhana.

 

⚡️ Situasi

Ayat ini boleh digunakan sebelum atau selepas memberitahu rahsia kepada seseorang.