⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan اتْأَخَّرْتْ asalnya dalam bahasa Arab Fusha ialah تَأَخَّرْتَ yang bermaksud, ‘kamu lewat’.
2. Perkataan لِيهْ ialah kata tanya yang bermaksud ‘kenapa’.
3. Ucapan hamdillah ‘assalaamah ini biasanya diucapkan kepada orang yang baru sampai dari tempat yang jauh. Secara literalnya, ucapan الحمد لله على السلامة ini bermaksud Segala Puji Bagi Allah atas Keselamatan (kamu).
Dan jawapannya yang sebenarnya ialah الله يِسَلِّمَكْ (baca: Allah yisallimak) yang bermaksud ‘semoga Allah menyelamatkan kamu’.
Tetapi dalam dialog ini, Rahim (yang berjambang) ucapkan ‘aku sampai ni pun dah nasib baik, bersyukur sangat dah’.
5. Perkataan عَايِزْ atau boleh juga ditulis sebagai عَاوِزْ ialah ism al-fa’il bagi عَازْ – يِعُوزْ yang bermaksud ‘mahu’.
Ini bererti, عَايِزْ ialah ism al-fa’il yang bermaksud ‘seorang lelaki yang mahu’.
Manakala ‘seorang wanita yang mahu’ pula ialah عَايْزَةْ (baca: ‘ayza).
6. Perkataan الحَاجَاتْ ialah jama'(plural) bagi الحَاجَةْ yang bermaksud ‘benda’. الحَاجَاتْ bermaksud ‘benda-benda’.
Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah الأَشْيَاء.
7. Perkataan دِي pula ialah kata tunjuk untuk perkataan yang dikategorikan sebagai feminin (muannath). Maskulin atau muzakkarnya ialah دَهْ.
8. Perkataan تِتْحَمِّلْ asalnya ialah اِتْحَمِّلْ. Kemudian fi’il ini digunakan untuk هي, maka bentuknya berubah menjadi تِتْحَمِّلْ.
Perkataan اِتْحَمِّلْ ini pula apa maksudnya?
Fi’il ini ialah fi’il yang telah mengalami penambahan. Asalnya sebelum mengalami apa-apa penambahan ialah حَمِّلْ yang bermaksud ‘memasukkan’. Kemudian ianya ditambah dengan اِتْ di awalnya untuk membawa maksud mabni lil majhul lalu maknanya menjadi ‘dimasukkan’.
Supaya lebih jelas beza antara maksud kedua perkataan ini, lihat maksudnya dibawah:
Perkataan حَمِّلْ bermaksud: Memasukkan. (boleh diketahui siapakah yang melakukan perbuatan ini jika diletak dalam ayat).
Perkataan اِتْحَمِّلْ pula bermaksud: Dimasukkan. (tak boleh diketahui siapa yang melakukan perbuatan ini walaupun jika diletakkan di dalam ayat).
9. Perkataan عَ pula ialaj short-form untuk عَلَى. Ditulis begitu kerana sebutan على ketika laju seolah-olah bunyi ع sahaja.
10. Perkataan الطَّيَّارَاتْ ialah jama’ (plural) bagi الطَّيَّارَةْ yang bermaksud kapal terbang.
11. Perkataan تِبْقَى di sini diterjemah sebagai ‘berada’. Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah تكون.
12. Perkataan بَرَّا juga ditulis بَرَّهْ bermaksud ‘di luar’.
13. Perkataan خلَالْ bermaksud ‘dalam masa’.
14. Perkataan نُصّ bermaksud ‘separuh’. Asalnya dalam bahasa Arab Fusha ialah نِصْف.
15. Perkataan ساعة bermaksud ‘jam’.
16. Frasa اِعْتَبِرُهْ bermaksud ‘anggaplah ia’.
17. Perkataan حَصَلْ bermaksud ‘berlaku’.
18. Perkataan يَلَّا ialah kata gesaan. Kita gunakan apabila menggesa seseorang untuk melakukan sesuatu.
Antara silap faham yang berlaku ialah sesetengah orang menyangka, perkataan ini sebenarnya dieja sebagai يا الله.
19. Perkatan يا ialah kata seru yang diterjemah sebagai ‘wahai’.
20. Perkataan رِجَّالَةْ pula bermaksud ‘lelaki-lelaki’.
21. Perkataan طَبْ diterjemah sebagai ‘okey’.
22. Frasa وِانْتَ ialah gabungan antara و dan انتَ. Secara literalnya kita terjemah sebagai ‘dan kamu’. Namun, terjemahan yang mengikut konteks ialah,
‘Habis tu, kamu macam mana?’
23. Perkataan هَتِعْمِلْ pula gabungan antara fi’il mudhari’ تِعْمِلْ (kamu (L) buat) dan هَـ yang membawa maksud ‘akan’.
Jadi, هَتِعْمِلْ bermaksud ‘kamu akan buat’
24. Perkataan إِيهْ ialah kata tanya yang bermaksud ‘apa’.
25. Perkataan لَازِمْ bermaksud ‘mesti’.
26. Perkataan أَرْجَعْ pula ialah fi’il mudhari’ untuk ‘saya’ yang bermaksud ‘saya pulang’.
27. Ayat عِينِيكْ فيْ وِسْطِ رَاسَكْ secara literalnya bermaksud ‘dua mata kamu di tengah kepala kamu’.
Namun, maksudnya yang sebenar ialah, beri perhatian, tengok atau jagakan dengan sungguh-sungguh.
28. Perkataan مَتْسِيبْهُمْشْ bermaksud ‘kamu jangan tingalkan mereka.’
Di sini kita dapat lihat gabungan antara تِسِيبْ dan هُمْ. Kemudian dikapit dengan مَ dan juga شْ untuk membawa maksud larangan.
Asalnya dalam fi’il madhi ialah سَابْ – يِسِيبْ.
29. Perkataan إلا bermaksud ‘kecuali’.
30. Perkataan لَمَّا bermaksud ‘apabila’.
31. Perkataan تِتْأَكٍّدْ ialah fi’il mudhari’ untuk تِأَكِّدْ yang bermaksud ‘kamu pastikan’.
32. Kata إنّ di sini diterjemah sebagai ‘yang’ atau ‘bahawa’.
33. Perkataan عَدِتْ bermaksud ‘telah melepasi’. Ini ialah bentuk muannath untuk عَدَّى.
34. Perkataan الحُدُود ialah jama’ bagi الحَدّ yang bermaksud ‘sempadan’.
35. Perkataan فَاهِمْ ialah Ism al-Fa’il untuk فهم. Yang bermaksud ‘seorang yang faham’.
36. Perkataan مَتِقْلَقْشْ ialah kata larangan untuk تِقْلَقْ yang bermaksud ‘risau’. Kemudian dikapit oleh مَ dan شْ untuk menghasilkan makna larangan.