Pelajaran 20

Pelajaran 20

هُوَّ جَايّ

Dia (L) on the way

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. هُوَّ جَايْ

2. عَلَى آخِر النَّهَارْ هَيْكُونْ هِنَا

Terjemahan

1. Dia on the way (Terjemahan Literal: sedang datang)

2. Lebih kurang petang nanti dia sampai. (Terjemahan Literal: pada akhir siang nanti dia akan berada di sini)

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan هُوَّ ialah Kata Ganti Nama Diri untuk lelaki pihak ketiga. Maksudnya ialah ‘Dia (L)’.

2. Perkataan جَايْ (baca: Gaii) ialah ism al-fa’il bagi kata kerja جَاءَ. Asalnya جَائِي akan tetapi diringankan sebutannya maka huruf hamzah tidak disebut dan ditukar kepada ي.

Untuk perempuan, جَايَّةْ (Baca: Gayya)

Maksudnya ialah, ‘seorang yang datang’.

3. Perkataan عَلَى bermaksud ‘lebih kurang’ yang merujuk kepada ‘masa’.

4. Perkataan آخر bermaksud ‘akhir’.

5. Perkataan النهار bermaksud ‘siang’.

6. Perkataan هَيْكُونْ bermaksud ‘akan berada’. Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah: سيكون.

7. Perkataan هِنَا bermaksud ‘di sini’.


⚡️ Cara Sebut

1. Dalam ayat pertama (1) ada perkataan جَايْ perkataan ini disebut seperti ‘gai’.

Dalam dialek Mesir, kebanyakan huruf ج disebut dengan bunyi ‘G’. Dikatakan kebanyakan kerana ada beberapa perkataan dengan pertusan kurang dari 1% disebut seperti ‘J’.

2. Perkataan على dalam ayat kedua (2) seolah-olah disebut عَلْ sahaja.


⚡️ Intonasi dan Situasi

Ayat-ayat ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai intonasi dan situasi.