Pelajaran 21

Pelajaran 21

اِدِّينِي فُرْصَةْ

Beri saya peluang

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. يَا مَامَا بَسّ اِسْمَعِينِي

2. اِدِّينِي فُرْصَةْ أَشْرَحْلِكْ

Terjemahan

1. Mak, kejap, dengarlah saya ni.

2. Bagi saya peluang untuk terangkan kepada kamu.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Panggilan يَا مَامَا sering digunakan oleh orang Arab Mesir untuk menanggil ibu mereka.

2. Perkataan بَسّ dalam ayat ini diterjemah sebagai, ‘sekejap’.

3. Kata kerja اِسْمَعِينِي merupakan fi’il mudhari’ yang digunakan apabila bercakap dengan seorang wanita.

Jika bercakap dengan seorang lelaki, kita katakan; اِسْمَعْنِي.

Kedua-duanya diterjemah sebagai: ‘dengar saya’.

4. Perkataan اِدِّينِي bermaksud ‘berikan kepada saya.’

5. Perkataan فُرْصَةْ bermaksud peluang.

6. Perkataan أَشْرَحْلِكْ ialah gabungan antara أشرح dan لك.

Jika diucapkan kepada lelaki. Baris lam itu perlu difathahkan. Menjadi; أَشْرَحْلَكْ.


⚡️ Cara Sebut

Perhatikan kepada sebutan perkataan ياماما. Sebutannya seolah-olah Ya Momo.


⚡️ Intonasi dan Situasi

Ayat dalam video ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi.