أَصْلْ القَرَار دَهْ مُشْ قَرَارِي
Sebab keputusan ini bukan saya yang buat
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
Transkripsi
1. طَيِّبْ يَافَنْدِمْ ، أَصْلْ القَرَار دَهْ مُشْ قَرَارِي
2.أَنَا لَازِمْ أَرْجَعْ لِمَعَالِي السَّفِيرْ مَرَّةْ تَانْيَة
3. تِسْمَحْ لِي بَسّ أَعْمِلْ مُكَالْمَةْ صُغَيَّرَةْ
وَأَرْجَعْ تَانِي
Terjemahan
1. Baik tuan, tapi sebenarnya keputusan ini bukan keputusan saya.
2. Saya mesti rujuk kepada Tuan Duta sekali lagi.
3. Izinkan saya cuma untuk buat panggilan pendek dan saya akan kembali semula.
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan طَيِّبْ
2. Perkataan يَافَنْدِمْ ialah panggilan hormat yang digunakan kepada lelaki dan perempuan.
3. Perkataan أَصْلْ diterjemah sebagai ‘sebenarnya.’
Namun hanya digunakan di awal ayat keterangan sebab.
Bila kita nak jelaskan sebab apa kita buat sesuatu, kita gunakan perkataan أصل di awal ayat.
4. Perkataan القَرَار bermaksud: ‘Desicion‘
5. Perkataan ده ialah Kata Tunjuk yang bermakdud “ini”. Kita gunakan apabila merujuk kepada sesuatu yang bersifat maskulin.
Muannath-nya ialah دي.
6. Perkataan مُشْ digunakan untuk penafian. Sama ada menafikan isim atau fi’il.
Ada ketika diterjemah sebagai ‘tidak’. Ada ketika diterjemah ‘bukan’.
Dalam konteks ini, مش bermaksud ‘bukan‘.
Dari sudut sebutannya pula, boleh dibaca مُشْ atau مِشْ. Kedua-duanya sama sahaja.
7. Perkataan لَازِمْ bermaksud ‘mesti’.
Nota Penting: Selepas perkataan لازم mestilah fi’il mudhari’. Dan fi’il mudhari’ itu mesti tiada ب di awalnya.
8. Fi’il أَرْجَعْ bermaksud ‘saya rujuk’. Ini ialah fi’il mudhari’ untuk saya.
9. Frasa لِمَعَالِي السَّفِيرْ: Tuan Duta.
Perkataan معالي umpama ‘Dato’ di Malaysia. Namun ianya bukanlah darjat yang dianugerahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Secara automatik bila seseorang berjawatan tinggi kita akan panggil dia معالي.
Tak boleh guna untuk panggil orang biasa-biasa. Nanti dia ingat kita menyindir dia pula.
10. Frasa مَرَّةْ تَانْيَة ialah frasa sifat-mawsuf. Maksudnya ialah ‘kali kedua’. Namun terjemahan yang lebih menepati konteks ialah ‘sekali lagi’.
11. Frasa تِسْمَحْ لِي bermaksud ‘kamu benarkan untuk saya’.
Ini ialah fi’il mudhari’.
Untuk membina ayat meminta kebenaran kita boleh gunakan rangkai kata berikut:
تِسْمَحْ لِي + الفعل المضارع بدون بِ
Selepas تِسْمَحْ لِي mesti fi’il mudhari yang tiada ب.
12. Perkataan بَسّ disini diterjemah sebagai ‘sekejap’.
13. Perkataan أَعْمِلْ ‘saya buat’.
14. Frasa مُكَالْمَةْ صُغَيَّرَةْ ialah frasa sifat-mawsuf. Secara literalnya ialah panggilan kecil. Namun terjemahan yang lebih menepati konteks ialah panggilan pendek.
15. Ayat أَرْجَعْ تَانِي bermaksud ‘saya datang kembali / semula’.
Perkataan تَانِي di sini bermaksud ‘kembali / semula’.
⚡️ Cara Sebut
1. Perkataan ده di disebut: DA. Huruf ه tak bunyi jelas sangat.
2. Huruf ق pada القرار disebut dengan sebutan ق yang asli sama seperti Fusha.
3. Huruf ج pada أرجع disebut ‘G’.
4. Frasa مَرَّةْ تَانْيَة : marra tan-ya.
5. Ketika menghubung antara بس أعمل: bassa’amil.
6. Frasa مُكَالْمَةْ صُغَيَّرَةْ: mukalma sughay-yara.
⚡️ Intonasi dan Situasi
Ayat-ayat dalam video ini boleh disesuaikan untuk digunakan dalam pelbagai situasi.