Pelajaran 17

Pelajaran 17

خَلَاصْ

Dah, dah.

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. خَلَاصْ خَلَاصْ خَلَاصْ حبيبي

2.  أَنَا آسِفْ.

3. رَكِّزْ فِي طَرِيقَكْ

4. يَا تِنَزِّلْنِي عَلَى جَنْبْ هِنَا

Terjemahan

1. Dah, dah dah, Habibi.

2. Saya minta maaf.

3. Fokus memandu!

4. Kalau tak, turunkan aku di tepi!

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan خلاص bermaksud ‘dah’.

2. Perkataan حبيبي digunakan untuk memanggil seseorang. Tidak semestinya seorang kekasih. Rakan atau orang yang kita ingin mengambil hatinya boleh kita panggil dengan حبيبي.

3. Ayat أَنَا آسِفْ bermaksud, ‘saya (L) meminta maaf’. Ayat ni diucapkan oleh seorang lelaki.

Jika orang perempuan, ayat yang diucapkan ialah أَنَا آسْفَةْ (baca: ana ASFA)

4. Frasa رَكِّزْ فِي bermaksud, ‘fokus kepada’. Ini ialah fi’il amr (kata kerja untuk suruhan).

5. Perkataan طَرِيقَكْ ialah gabungan antara طريق dengan ك yang bermaksud ‘jalan kamu’.

6. Perkataan يَا bermaksud, ‘kalau tak’.

7. Perkataan تِنَزِّلْنِي bermaksud ‘kamu turunkan saya’.

8. Perkataan عَلَى جَنْبْ bermaksud ‘di tepi’.

9. Perkataan هِنَا bermaksud ‘di sini’.


⚡️ Cara Sebut

1. Huruf ق pada perkataan طَرِيقَكْ disebut sebagai أ. Menjadikan sebutannya طَرِيئَكْ


⚡️ Intonasi

Ayat (3) diucapkan dengan nada yang tinggi.


⚡️ Situasi

Pergaduhan dalam video ini berpunca apabila pemandu teksi mencuba untuk mengorat dan menjeling-jeling isterinya.

Ayat (3) terutamanya kita boleh gunakan untuk menyuruh pemandu teksi tak payah menyibuk urusan kita.