Pelajaran 28

Pelajaran 28

بِتْخَبَّطْ كِدَهْ لِيهْ؟

Kenapa kau (L) ketuk macam ni?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. إِيهْ يَا حَيَوَانْ بِتْخَبَّطْ كِدَهْ لِيهْ؟ هَتِكْسَرْ البَابْ!

2. مُشْ فِيهْ جَرَسْ قُدَّامَكْ؟!

3. مَأْمُونْ مَأْمُونْ ، اِلْحَقْنِي يا مَأْمُونْ!

4. إيه يا نَشْأَتْ فِيه إيهْ؟

5. بُصّ، مُشْ هَيِنْفَعْ نِتْكَلِّمْ هِنَا أنا هَسْتَنَّاكْ فِي القَهْوَةْ

6. بَسْ أَرْجُوكْ أَرْجُوكْ مَتِتْأَخَّرْشْ عَلَيّ

7. طَيِّبْ هَغَيَّرْ الهُدُومْ وَ هَاجِي لَكْ عَلَطُولْ

8. دَهْ إِيهْ الهَلَعْ اللي عَ الصُّبْحِ دَهْ ؟

Terjemahan

1. Apa ni, haiwan? Kau ketuk macam ni kenapa? (Kalau macam ni) Kau akan pecahkan pintu tu?

2. Bukan ke ada loceng depan kau?

3. Makmun, makmin! Talong aku Makmun!

4. Apa Nasy’at? Ada apa?

5. Dengar sini, kita tak bolej sembang kat sini. Saya tunggu kamu dekat kedai kopi tu.

6. Tapi tolong. Tolong. Jangan lambat untuk aku. (Jangan datang lambat kepada aku).

7. Baik, saya akan tukar pakaian dan akan terus datang kepada kamu.

8. Apa kalut-kalut pagi-pagi nih?

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Panggilan يَا حَيَوَانْ digunakan bila terlalu marah kat seseorang.

2. Ayat بِتْخَبَّطْ كِدَهْ لِيهْ maksudnya ‘kenapa kau ketuk macam ni’.

Fi’il بِتْخَبَّطْ ialah fi’il mudhari’ untuk خَبَّطْ yang bermaksud ‘kenapa kamu ketuk’.

Perkataan كِدَهْ bermaksud ‘begini’.

Perkataan لِيهْ ialah Kata Tanya yang bermaksud ‘kenapa’. Kata Tanya dalam dialek Mesir tak semestinya berada di awal ayat. Boleh juga berada di akhir ayat.

3. Frasa مُشْ فِيهْ bermaksud, ‘bukankah ada’.

4. Perkataan جَرَسْ: ‘Loceng’.

5. Perkataan قُدَّامَكْ: ‘Di hadapan kamu (L).

Kalau nak cakap di hadapan kamu (P), kasrahkan sebelum huruf ك. Jadi, قُدَّامِكْ.

6. Perkataan اِلْحَقْنِي digunakan untuk minta tolong dari seorang lelaki.

Kalau nak minta tolong dari orang ramai kita katakan اِلْحَقُونِي. Penggunaannya sama seperti ‘HELP! HELP!’ dalam bahasa Inggeris.

7. Frasa فِيه إيهْ: ‘Ada apa?’

8. Frasa مُشْ هَيِنْفَعْ : ‘Kita tak akan boleh.’

9. Perkataan بُصّ digunakan sama seperti, ‘Dengar sini..’ atau ‘Look,…’ dalam bahasa Inggeris.

10. Perkataan هَسْتَنَّاكْ ialah gabungan antara:

هَـ + أَسْتَنَّى + كْ

Yang bermaksud ‘saya akan tunggu kamu (L).’

Fungsi هَـ di sini sama seperti س  dan سوف dalam bahasa Arab Fusha.

Kalau nak cakap ‘saya akan tunggu kamu (P)’ kita cakap:

هَسْتَنَّاكِي.

11. Ayat مَتِتْأَخَّرْشْ عَلَيّ : Kamu jangan lambat untuk aku / Jangan buat aku tunggu kau lama.

Perkataan مَتِتْأَخَّرْشْ asalnya fi’il mudhari’ تِتْأَخَّرْ yang bermaksud ‘kamu lambat’.

Kemudian dikapit dengan مَ dan juga شْ maka terhasil-lah makna penafian.

12. Ayat هَغَيَّرْ الهُدُومْ bermaksud: Saya akan tukar pakaian.

Padanan bagi perkataan هَغَيَّرْ dalam Fusha ialah سَأُغَيِّرُ : Saya akan tukar.

Perkataan الهُدُومْ bermaksud ‘pakaian’.

13. Ayat هَاجِي لَكْ عَلَطُولْ: Saya akan datang kepada kamu terus.

Ayat هَاجِي لَكْ: Saya akan datang kepada kamu.

Perkataan عَلَطُولْ: Terus. Dalam Fusha: مُبَاشَرَةً.

14. Perkataan الهَلَعْ: Kepanikan / kekalutan.

15. Frasa عَ الصُّبْحِ: ‘Pada waktu pagi’. Perkataan ع di sini ialah short-form untuk على.


⚡️ Cara Sebut

1. Perkataan بِتْخَبَّطْ: Bit-khob-bot.

2. Perkataan قُدَّامَكْ: Ud-daamak.

3. Perkataan اِلْحَقْنِي disebut: اِلْحَأْنِي.


⚡️ Intonasi dan Situasi

Ayat-ayat dalam video ini boleh disesuaikan untuk digunakan dalam pelbagai situasi.