Pelajaran 11

Pelajaran 11

بِتِسْتَظْرَف؟

Awak bergurau ke?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

  1. إنْتَ بِتِسْتَظْرَفْ؟

Terjemahan

Kau bergurau ke? / Kau cuba nak buat lawak ke? / Are you kidding me?

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan إنت ialah ‘awak (L)’.

2. Perkataan بِتِسْتَظْرَفْ pula ialah fi’il mudhari’ تِسْتَظْرَفْ yang didahului oleh بِ. Maksudnya ialah, ‘kamu cuba buat lawak’ / ‘kamu bergurau’.

Asalnya dalam fi’il madhi ialah اِسْتَظْرَفْ.

Soalan: Bilakah huruf بِ ditambah di awal fi’il mudhari’?

Huruf بِ ditambah di awal fi’il mudhari’ dalam dua keadaan:

1. Sekiranya fi’il tersebut sedang berlaku semasa kita sedang ucapkan ayat itu.

2. Sekiranya fi’il itu merupakan satu perbuatan yang dilakukan secara rutin (habitual action).


⚡️ Cara Sebut

1. Perkataan إنت apabila disebut dengan laju, hamzahnya tidak terlalu jelas. Bunyinya seolah-olah bunyi; NTA sahaja.

2. Perkataan بِتِسْتَظْرَفْ pula disebut btistazraf. Apabila disebut dengan laju, huruf بِ itu tidak terlalu jelas disebut.

Perhatikan, tidak terlalu jelas bukan bermaksud tidak disebut langsung. Disebut, tetapi tidak terlalu jelas.


⚡️ Intonasi

Nada suara untuk ayat ini ialah semakin meninggi seperti nada ketika bertanya dan mempersoal seseorang.


⚡️ Situasi

Ayat ini boleh digunakan dalam dua keadaan:

1. Ketika marah apabila seseorang melakukan perbuatan yang tidak masuk akal.

2. Diucapkan dalam nada gurauan apabila ada seseorang lakukan sesuatu yang tidak masuk akal tetapi dengan tujuan untuk bergurau sahaja.