Pelajaran 13
عَارْفَةْ يَا يَسْمِينْ؟
Awak tahu tak wahai Yasmin?
Panduan Belajar
Pelajaran ini mempunyai 3 aktiviti.
Anda disarankan agar menyelesaikan setiap aktiviti mengikut turutan yang telah diberikan untuk mendapatkan hasil yang optimum daripada pelajaran ini. Sila gunakan ikon untuk pergi ke setiap aktiviti.
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
0
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
+
Aa
–
Transkripsi
1. عَارْفَةْ يَا يَاسْمِينْ؟
2. عَارْفَةْ أَنَا بَحِبّ آجِي هِنَا لِيهْ؟
3. عَشَانِ الأَسَدْ دَهْ بِيفَكَّرْنِي بِكُوبْرِي قَصْرْ النِّيلْ
Terjemahan
1. Kau tahu tak Yasmin?
2. Tahu tak aku suka datang sini kenapa?
3. Sebab ‘singa’ ni mengingatkan aku kepada jambatan Qasr al-Niil.
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan عَارْفَةْ (baca: ‘arfa) ialah ism al-fa’il dalam bentuk muannath (feminin) untuk fi’il عِرِفْ. Bentuk muzakkar (maskulinnya) pula ialah عَارِفْ.
Kita juga boleh gunakan rangkai kata yang sama bila nak bertanya orang lelaki. Sebagai contoh, kita nak cakap, “Kau tahu tak Ahmad?”
Kita boleh cakap:
عَارِفْ يَا أَحْمَدْ؟
(Perhatikan bahagimana kita menukar daripada عارفة kepada عارف).
Kenapa kita guna عارف?
Sebab kita sekarang sedang bertanya Ahmad. Jadi, perkataan عارف itu merujuk kepada lelaki. Maka kita kena gunakan bentuk muzakkar (maskulin).
Ayat dalam video menggunakan bentuk muannath(feminin) sebab dia merujuk kepada seorang wanita yang bernama Yasmin.
2. Perkataan بَحِبّ bermaksud ‘saya suka’. Ini ialah fi’il mudhari’.
3. Perkataan آجِي pula bermaksud ‘saya datang’. Ini ialah fi’il mudhari’ bagi جِهْ (baca: geh – seperti dalam tauGEH).
Padanan GEH ini dalam bahasa Arab Fusha ialah جَاء.
Padanan آجِي pula ialah أَجِيءُ.
4. Perkataan هِنَا bermaksud “di sini”.
5. Perkataan لِيهْ ialah Kata Tanya bermaksud “kenapa”. Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah لِمَاذَا.
Dalam dialek Mesir, Kata Tanya bebas sama ada untuk berada di akhir ayat atau di awal ayat. Dalam contoh ini, kata tanya ليه berada di akhir ayat.
6. Perkataan عَشَانْ di sini bermaksud “kerana/sebab”.
Ada dalam beberapa keadaan lain, عشان diterjemah sebagai “demi”.
7. Perkataan الأسد bermaksud “singa”.
8. Perkataan ده ialah Kata Tunjuk yang bermakdud “ini”. Kita gunakan apabila merujuk kepada sesuatu yang bersifat maskulin.
9. Fi’il بِيفَكَّرْنِي بِـــ bermaksud “mengingatkan saya kepada… “.
Ini ialah gabungan antara يفَكَّرْنِي dan بِ.
10. Perkataan كُوبْرِي bermaksud “jambatan”.
11. Perkataan قَصْرِ النِّيلْ ialah nama sesuatu tempat berhampiran dengan pusat bandar Kaherah.
⚡️ Cara Sebut
1. Perkataan عَارْفَةْ disebut: ‘ARFA.
2. Gabungan عَارْفَةْ أَنَا disebut : ‘ARFA-AANA.
3. Gabungan antara بَحِبّ آجِي disebut: BAHIB-BAAGI.
4. Ayat عَشَانِ الأَسَدْ دَهْ disebut: ‘Asyaanel Asad-da.
5. Perkataan بِيفَكَّرْنِي بِ disebut: biiyfakkorni be.
6. Frasa قَصْرْ النِّيلْ disebut: ASRIN-NNIL. Huruf ق dalam frasa ini disebut sebagai hamzah.