Pelajaran 14

Pelajaran 14

رَبِّنَا يِخَلِّيهَالَكْ

Semoga Allah kekalkan(jaga) dia (P) untuk kamu.

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

  1. رَبِّنَا يِخَلِّيهَالَكْ

Terjemahan

1. Semoga Allah kekalkan(jaga) dia (P) untuk kamu.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan رَبِّنَا bermaksud ‘Tuhan kita.’

2. Perkataan يِخَلِّيهَالَكْ ialah gabungan daripada يَخَلِّي + ــهَا + لَكْ.

Perkataan يَخَلِّي itu sendiri bermaksud “Dia mengekalkan.”

Dhamir ــهَا pula asalnya ialah هِيَّ. Namun berubah bentuk setelah bergabung dengan fi’il mudhari’ يَخَلِّي.

Perkataan لَكْ bermaksud, ‘untuk kamu’.

3. Perkataan يِخَلِّيهَالَكْ boleh juga ditukarkan kepada يِخَلِّيهُولَكْ apabila kita nak doakan agar Allah kekalkan seorang lelaki untuk seseorang. Sebagai contoh, doa kepada rakan kita agar Allah kekalkan atau panjangkan umur ayahnya untuk dirinya.

Asalnya ialah:

يَخَلِّي + ــهُو + لَكْ

Perkataan ــهُو asalnya ialah هُوَ namun berubah bentuk setelah bergabung dengan fi’il mudhari’ يَخَلِّي.

4. Frasa لَكْ yang bermaksud ‘untuk kamu (L)’ juga boleh ditukarkan kepada لِيكْ (maksud: untuk kamu ‘P’) apabila orang yang kita sedang bercakap dengan dia ialah orang perempuan.

5. Jika seseorang bercerita tentang pasangannya, kita doakan:

رَبِّنَا يِخَلِّيكُو لِبَعضْ

Maksudnya: ‘Semoga Allah mengekalkan kamu berdua untuk satu sama lain.’

Asalnya:

رَبِّنَا يِخَلِّي + كُم + لِبَعضْ.

 

⚡️ Cara Sebut

1. Apabila mendoakan orang lelaki, kita sebutkan: Rabbena yikhaLLi-haa lak.

2. Apabila mendoakan orang perempuan, kita sebutkan: Rabbena yikhaLLi-huu lak.

 

⚡️ Intonasi

Diucapkan dengan nada sekata.

 

⚡️ Situasi

Doa seperti dalam video ini diucapkan kepada seseorang agar Allah mengekalkan seseorang wanita untuknya.

Seseorang wanita ini boleh jadi ibu, anak perempuan atau isteri.

Dalam konteks ini, Rahim mengucapkan kepada rakannya agar Allah mengekalkan anak perempuannya untuk rakannya itu.

Bila nak guna ayat macam ni?

1. Bila orang sebut atau cerita tentang ibunya atau anak perempuannya.

2. Bila ibu atau anak perempuannya lalu dihadapan kita semasa tengah berbual dengannya.

3. Bila dia cerita tentang ayahnya atau ayahnya lalu dihadapan kita (kena ubah dhamir juga).

4. Bila seseorang cerita tentang pasangannya.