Pelajaran 19

Pelajaran 19

أنا بَقَالِي سَاعَةْ بَرَّهْ

Saya dah 1 jam di luar

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. أَنَا آسِفْ جِدًّا يَامَدَامْ حَمِيدَةْ

2. بَسّ انا بَقَالِي سَاعَةْ بَرَّهْ ، مُشْ لَاقِي رَكْنَةْ

Terjemahan

1. Saya minta maaf sangat puan Hamidah.

2. Tapi saya dah 1 jam di luar, tak jumpa walaupun satu parking.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Ayat أَنَا آسِفْ bermaksud, ‘saya (L) meminta maaf’. Ayat ni diucapkan oleh seorang lelaki.

Jika orang perempuan, ayat yang diucapkan ialah أَنَا آسْفَةْ (baca: ana ASFA)

2. Perkataan جِدًّا bermaksud ‘sangat’. (Sila rujuk sebutannya di bawah).

3. Frasa يَامَدَامْ حَمِيدَةْ bermaksud ‘wahai madam Hamidah’. (Sila rujuk sebutannya di bawah juga).

Panggilan ya madaam ini digunakan secara meluas sama seperti panggilan ‘puan’ dalam bahasa Melayu.

4. Perkataan بَسّ bermaksud ‘tetapi’ / ‘cuma’.

5. Frasa بَقَالِي diterjemah sebagai ‘saya sudah’. Kalau بَقَالُهْ ‘dia sudah’.

Rujuk penjelasan panjang tentang maksud dan cara membina ayat menggunakan frasa ini di sini: https://t.me/DialekMesir/599

6. Perkataan سَاعَةْ bermaksud ‘1 jam’.

7. Perkataan بَرَّه bermaksud ‘di luar’.

8. Frasa مُشْ لَاقِي secara literalnya bermaksud ‘saya bukanlah seorang yang menjumpai’.

Ini kerana perkataan لاقي ialah ism al-fa’il bagi لَقِيَ. Kemudian dinafikan dengan مُشْ.

9. Perkataan رَكْنَةْ bermaksud ‘1 tempat parking’.


⚡️ Cara Sebut

1. Frasa انا آسف perlu diperhatikan bagaimana ianya disambungkan.

2. Huruf ج pada جدا disebut dengan G.

3. Walaupun ejaan يَا مَدَامْ ialah panjang kerana ada huruf alif mad. Tetapi ianya dipendekkan.

Sebutannya: Yamadam.

4. Huruf ق pada بَقَالِي disebut dengan أ. Seolah-olah ejaannya: بَئَالِي.

5. Huruf ق pada لَاقِي juga disebut dengan أ. Seolah-olah ejaannya: لَائِي.


⚡️ Intonasi

Nada suara yang sederhana.


⚡️ Situasi

Boleh digunakan ketika memberi alasan atau menjelaskan sebab keterlewatan.