حَسْبِيَ الله وَنِعْمَ الوَكِيل فِيكْ
Tuhan saja dapat balas perbuatan buruk kau!
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
Transkripsi
1. اِفْتَحُو البَابّ
2. مَالَكْ يَامَسْعُودْ؟ مَدَخَلْتِشْ لِيهْ؟
3. يَانَهَارْ إِسْوِدْ!
4. حَسْبِيَ الله وَنِعْمَ الوَكِيل فِيكْ
5. الرَّاجِل كَدَّابْ! مِنَّكْ لِلَّهْ!
6. أَنَا حَاسِسْ أَنْ انَا بَحْلَمْ!
7. اِنْتَ بِتَعْمِلْ كِدَهْ لِيهْ؟ يَا رَبّ عِبَادَكْ بَقُو شَيَاطِينْ يَارَبّ!
8. بِتْقُولْ مَشْلُولْ وِانْتَ مُشْ مَشْلُولْ لِيهْ؟
9. مُشْ خَايِفْ رَبِّنَا يِشِلَّكْ؟! يَانَهَارْ إِسْوِدْ!
Terjemahan
1. Buka pintu!
2. Kenapa dengan kamu ni Mas’ud? Kenapa tak masuk?
3. Alangkah gelapnya hari ini! / Wahai hari yang gelap! (Terjemahan literal).
4. Cukuplah Allah bagiku dan dialah sebaik-baik pelindung.
5. Lelaki ini penipu! Cis!
6. Saya rasa macam bermimpi!
7. Kenapa kamu buat macam ni?! Ya Tuhan, hambamu dah jadi macam Syaitan.
8. Kamu kata kamu lumpuh tapi tak lumpuh kenapa?
9. Tak takut Tuhan lumpuhkan kamu ke? (buat kamu jadi lumpuh)
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan اِفْتَحُو ialaj fi’il amr untuk فَتَحْ bermaksud ‘bukalah’. Fi’il ini digunakan bila nak suruh ramai orang buka.
2. Ayat يَانَهَارْ إِسْوِدْ secara literalnya bermaksud “Wahai hari yang gelap!”.
3. Ayat مَدَخَلْتِشْ لِيهْ bermaksud ‘kenapa kamu tak masuk?’
Jika kita perhatikan, kata tanya dalam ayat ini diakhirkan. Berbeza dengan bahasa Melayu, kata tanya mesti berada di awal ayat.
Dalam dialek Mesir, semua kata tanya boleh berada di awal atau akhir ayat.
Perkataan مَدَخَلْتِشْ pula berasal daripada دَخَلْ. Kemudian ‘dikapit’ dengan ما dan شْ untuk membawa maksud penafian. Cuma kadang-kadang memang huruf ا pada ما itu dibuang bila dikapit.
4. Ayat حَسْبِيَ الله وَنِعْمَ الوَكِيل فِيكْ digunakan apabila nak marah kat orang.
Dhamir pada فيك itu merujuk kepada siapa kita marah.
5. Ayat الرَّاجِل كَدَّابْ asalnya الرجل كذاب dalam bahasa Arab Fusha. Bermaksud, seorang lelaki yang suka menipu atau penipu.
6. Ayat مِنَّكْ لِلَّهْ juga digunakan apabila terlalu marah kepada seseorang. Dhamir pada مِنَّكْ itu boleh berubah-ubah menjadi منِّكْ atau منها atau منه dan sebagainya.
Asal مِنَّكْ ini ialah مِن + dhamir.
7. Perkataan حَاسِسْ ialah ism al-fa’il bagi حَسّ yang bermaksud ‘rasa’. Bentuk muannath-nya ialah حَاسَّةْ.
8. Perkataan بَحْلَمْ ialah fi’il mudhari’ untuk حلم yang bermaksud bermimpi. Sebelum dimasuki ب, bentuknya ialah أحلم. Setelah dimasuki ب, huruf أ dibuang.
9. Perkataan كِدَهْ bermaksud ‘begini’.
10. Perkataan بَقُو dalam ayat يَا رَبّ عِبَادَكْ بَقُو شَيَاطِينْ bermaksud ‘telah menjadi’.
Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah أَصْبَحُو atau صَارُو dan sebagainya.
11. Perkataan مَشْلُولْ ialah ism al-maf’ul bagi شَلّ yang bermaksud telah menjadi lumpuh.
12. Frasa وِانْتَ bermaksud ‘sedangkan kamu’. Huruf و di sini dari sudut istilah Nahu-nya ialah وال الحال.
13. Frasa مُشْ خَايِفْ bermaksud ‘tidak takut’. Perkataan خَايِفْ ini asalnya ialah خَائِف. Kemudian di-tashil-kan supaya sebutan jadi ringan maka huruf أ dibuang dan digantikan dengan ياء.
14. Fi’il يِشِلَّكْ dalam ayat رَبِّنَا يِشِلَّكْ bermaksud ‘melumpuhkan kamu’
⚡️ Cara Sebut
1. Perkataan إِسْوِدْ disebut: ISWID bukan ASWAD.
2. Perkataan كَدَّابْ disebut: KADDAEB bukan KAZZAB.
3. Perkataan بَقُو disebut: BA-UUU.
⚡️ Intonasi dan Situasi
Ayat-ayat ini boleh digunakan dalam situasi marah.
Terutamanya dua ini:
1. حَسْبِيَ الله وَنِعْمَ الوَكِيل فِيكْ
2. مِنَّكْ لِلَّهْ
.
Selain itu, ayat-ayat dalam video ini juga boleh diubah dan digunakan dengan pelbagai intonasi dan pelbagai konteks dalam kehidupan seharian.