أَنَا جَايْ أَهُو
Saya datang dah ni ha!
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
Transkripsi
1. عَبْدْ التَّوَّابْ!
2. أَيْوَةْ يَابَاشَا
3. أَنَا جَايْ أَهُو يَابَاشَا
4. أُؤْمُرْنِي يَابَاشَا
5. اِطْلَعْلِي هِنَا عَايِزَكْ!
6. حَاضِرْ
7. يَلَّا بِسُرْعَةْ
Terjemahan
1. Abdul Tawwab!
2. Ya Tuan!
3. Saya datang ni ha tuan!
4. Saya sedia menerima perintah. (Literal: Beri saya arahan tuan.)
5. Naik kat saya. Saya perlukan kamu.
6. Baik!
7. Cepat!
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan جَايْ (baca: Gaii) ialah ism al-fa’il bagi kata kerja جَاءَ. Asalnya جَائِي akan tetapi diringankan sebutannya maka huruf hamzah tidak disebut dan ditukar kepada ي.
Untuk perempuan, جَايَّةْ (Baca: Gayya)
2. Perkataan أُؤْمُرْنِي ialah fi’il amr yang berasal dari أمر yang bermaksud ‘suruhlah saya’.
3. Perkataan اِطْلَعْلِي asalnya daripada perkataan طِلِعْ bermaksud naik.
Bentuk اطلع ialah fi’il amr yang bermaksud ‘naiklah’.
Kemudian bergabung dengan لي yang diterjemah sebagai untuk saya atau kepada saya.
4. Frasa عَايِزَكْ secara literalnya bermaksud, ‘saya nak kamu’.
Namun dalam konteks ini bermaksud ‘saya perlukan kamu’.
5. Perkataan حَاضِرْ ialah ism al-fa’il bagi حَضَر yang bermaksud ‘hadir’.
Namun, menjadi kebiasaan orang Mesir menggunakan perkataan حَاضِرْ untuk maksud ‘baiklah’ atau ‘okey’.
6. Ayat يَلَّا بِسُرْعَةْ ialah gesaan agar seseorang melakukan sesuatu dengan cepat.
Perkataan يَلَّا ialah kata gesaan. Kita gunakan apabila menggesa seseorang untuk melakukan sesuatu.
Antara silap faham yang berlaku ialah sesetengah orang menyangka, perkataan ini sebenarnya dieja sebagai يا الله.
⚡️ Cara Sebut
Dalam ayat (1) disebutkan nama عبد التواب. Tetapi ianya tidak disebut: AbduL Tawwab.
Sebutannya hanyalah AB-TAWWAB.
Demikianlah nama-nama lain yang mempunyai عبد di hadapan. Perkataan ABD diringkaskan menjadi AB sahaja.
⚡️ Intonasi dan Situasi
Ayat-ayat dalam video ini boleh disesuaikan untuk digunakan dalam pelbagai situasi.