Pelajaran 4

Pelajaran 4

مَيِنْفَعْشْ

Tak boleh!

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. مَايِنْفَعْشْ

2. السُّكَّانْ اشْتَكُو مِنْ رِيحِةْ الأَسَانْسِيرْ بِعْدِمَا تِرْكِبُو فِيه.

Terjemahan

1. Tak boleh!

2. Penduduk di sini mengadu bau lif selepas korang naik!

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan مَايِنْفَعْشْ sering disalahfahami dan dianggap sebagai ‘tidak bermanfaat’.

Maksudnya yang sebenar ialah, “Tidak boleh”.

Lawannya ialah يِنْفَعْ yang bermaksud ‘boleh’. Perkataan ini juga boleh digunakan untuk bertanya seseorang adakah kita diizinkan untuk melakukan sesuatu?

Kita boleh gunakan rangkai kata berikut:

يِنْفَعْ + الفعل المضارع؟

Contoh:

“Boleh saya masuk dalam?”

يِنْفَعْ أَدْخُلْ / أَخُشّ جُوَّهْ

(Baca: Yenfa’ ad-khul / akhushh gowwa?”

“Boleh saya keluar?”

يِنْفَعْ أَخْرُجْ؟

(Baca: yenfa’ akhruG?)

2. Perkataan السُّكَّانْ ialah bentuk jama’ (plural) untuk perkataan السَّاكِنْ yang bermaksud ‘orang yang tinggal di sesuatu tempat.’

3. Perkataan اشْتَكُو مِنْ bermaksud ‘mengadu tentang’.

4. Perkataan رِيحِةْ bermaksud ‘bau’. (Rujuk sebutannya di bawah – penting)

5. Perkataan الأَسَانْسِيرْ bermaksud ‘lif’.

6. Frasa بِعْدِمَا bermaksud ‘selepas’. Kita gunakan frasa ini sekiranya kita nak sebut fi’il mudhari’ selepasnya. Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah بَعْدَ أَنْ. Dalam dialek Mesir dan kebanyakan dialek Arab, أَن المصدرية tidak digunakan dan digantikan dengan ما المصدرية sahaja.

7. Perkataan تِرْكِبُو ialah fi’il mudhari’ untuk رِكِبْ yang bermaksud ‘menaiki sesuatu kenderaan atau benda yang bergerak’. Dalam konteks ini ialah ‘lif’ yang dinaiki oleh dua orang pengutip sampah itu.

Dalam dialek Mesir dan kebanyakan dialek Arab, al-Af’aal al-Khamsah (fi’il mudhari’ yang berakhir dengan alif nun, waw nun atau yaa nun) dibuang nun-nya walaupun tidak berada dalam keadaan mansub atau majzum.

Senang cerita, kalau fi’il mudhari’ yang dalam Fusha ada alif nun, waw nun atau ya nun maka kita buang nun tu. Tak payah sebut.

8. Frasa فِيه bermaksud di dalamnya.


⚡️ Cara Sebut

1. Bahagian السُّكَّانْ اشْتَكُو مِنْ disebut secara bersambung. Bunyi yang akan terhasil ialah seperti, ‘es-sukkaanesh-taku min…”

‘Kaa’ pada perkataan السكان dibaca dengan sedikit panjang.

2. Bahagian من ريحة.

Fokus kepada cara untuk sebut dua perkataan inis secara bersambung. Sebutannya yang betul ialah:

Mirr-Rihet

مِ رِّيحِتْ

Harf مِنْ jika disebut sengan laju, hurf ن itu seolah-olah tidak disebut. Kerana itu kita lihat ada sebahagian orang Arab menulis dalam ammiy من dengan مِ sahaja.

3. Frasa رِيحِةْ الأَسَانْسِيرْ merupakan frasa al-Idhafah.

Di sini ada satu kaedah sebutan yang penting. Kaedah ini terpakai dalam semua keadaan, iaitu;

“Sekiranya mudhaf berakhir dengan huruf taa’ al-marbuthah, maka huruf taa’ itu mesti disebut dengan bunyi taa al-maftuhah atau bunyi T.”

Jadi, sebutan untuk frasa ini ialah:  riihet-il-asonsiir (sila sebut dengan ejaan ini kemudian banding dan sesuaikan dengan sebutan di dalam video.)

❌ Riihah el-asonsir

✅ RiihET el-asonsir

Apabila disebut dengan laju, bunyinya akan menjadi; rihtil-asonsir.

4. Perkataan بِعْدِمَا disebut seperti ‘ba’dema’.


⚡️ Intonasi

Perkataan مَايِنْفَعْشْ boleh disebut dengan pelbagai intonasi mengikut kesesuaian keadaan.

Ketika marah, agak tinggi. Ketika dalam keadaan menjelaskan, boleh gunakan intonasi yang sederhana.

 

⚡️ Situasi

Kesemua bentuk ayat ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi mengikut kesesuaian.

Sebagai seorang pelajar bahasa, apa yang kita perlu buat ialah memahami ayat-ayat yang kita pelajari dengan baik, ingat dan kemudian ubah mana-mana bahagian yang patut apabila ingin bercakap dalam kehidupan seharian kita.

Untuk masa sekarang, fahami setiap maksud ayat. Hafal ayat. Ulang dengar. Buat latihan menyebut dan meniru percakapan mereka di dalam video.

Jangan putus asa jika belum nampak hasilnya.

Hasilnya memang kita tak akan nampak dalam masa sehari. Tetapi percayalah jika kita terus melakukan latihan dengan konsisten, kita akan capai juga impian kita. InsyaAllah.