Pelajaran 5

Pelajaran 5

أَنَا طُولْ عُمْرِي...

Aku daripada dulu lagi...

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. وَاللهِ عَنْدَكْ حَقّ

2. أَنَا طُولْ عُمْرِي بَكْرَهْ اللِّي بِيِشْتَغَلُوا النَّاسْ

3. وَخُصُوصًا اللِّي بِيِشْتَغَلُو السِّتَّاتْ

Terjemahan

1. Demi Allah, kamu betul / Seriously kamu betul.

2. Aku daripada dulu lagi  benci mereka yang suka tipu orang.

3. Terutamanya yang suka tipu perempuan.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Ayat عَنْدَكْ حَقّ secara literalnya bermaksud, ‘disisinya kebenaran’. Tetapi, terjemahannya yang sebenar ialah, ‘kamu betul’.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk cakap, ‘kalian betul’, dia(L) betul, dia (P) betul, mereka betul dan lain-lain. Lihat di bawah:

إِنْتَ عَنْدَكْ حَقّ

إِنْتِي عَنْدِكْ حَقّ

إِنْتُو عَنْدُكُو حَقّ

هُوَّ عَنْدُهْ حَقّ

هِيَّ عَنْدَهَا حَقّ

هُمَّ عَنْدُهُمْ حَقّ

2. Frasa أَنَا طُولْ عُمْرِي secara literalnya bermaksud, “saya, sepanjang hidup saya.” Tetapi, lebih baik jika diterjemahkan sebagai, “saya sejak dahulu lagi …”

Ayat ini kita boleh gunakan untuk cakap yang kita atau seseorang itu telah lama melakukan sesuatu tanpa berubah.

Contoh dalam ayat ini, dia beritahu yang sejak dahulu lagi dia membenci orang yang menipu.

Kita juga boleh buat ayat, ketika memuji orang, “Kamu sejak dahulu lagi merupakan seorang yang beradab.”

إِنْتَ طُولْ عُمْرَكْ مُحْتَرَمْ

Kita juga boleh cakap, “Dia sejak dahulu lagi tak suka makanan laut.”

هُوَّ طُولْ عُمْرُهْ مَابِيحِبِّشْ أَكْلْ بَحْرِي

Kesimpulannya, untuk bina ayat “Saya sejak dahulu lagi …” kita boleh gunakan dua rangkai kata:

1. أَنَا طُولْ عُمْرِي + الصفة

2. أَنا طول عمري + الفعل المضارع المقرون بالباء

3. Perkataan بَكْرَهْ bermaksud ‘saya benci’. Asalnya ialah أَكْرَهْ tetapi ditambah dengan huruf ب kemudian dibuang hamzah al-qat’.

4. Perkataan اللي bermaksud ‘yang.’

5. Perkataan بِيِشْتَغَلُوا ialah fi’il mudhari’ bagi اشتغل untuk هم. Maksudnya ialah ‘mereka yang selalu menipu.’ Huruf بِ ditambah di awal fi’il mudhari’ di sini ialah kerana perbuatan itu selalu dilakukan oleh mereka.

6. Frasa وَخُصُوصًا bermaksud, “Dan khususnya…”

7. Perkataan السِّتَّاتْ ialah jama’ bagi perkataan السِّتّ yang bermaksud ‘wanita’. Manakala, السِّتَّاتْ pula ialah ‘wanita-wanita.’


⚡️ Cara Sebut

1. Huruf ع pada عَنْدَكْ dibaca dengan baris fathah.

2. Huruf ق pada perkataan حَقّ pula bunyinya seperti hamzah. Kebanyakan huruf qaaf dalam dialek Mesir disebut seperti huruf hamzah.

Sebenarnya, perkara ini juga berlaku dalam bahasa Melayu.

Cuba sebut perkataan-perkataan ini; sepak, lantak, katak, tak nak.

Adakah huruf K itu disebut dengan jelas seperti huruf ك?

Jawapannya, tidak. Semua huruf-huruf K itu seolah-olah digantikan dengan huruf hamzah yang berbaris sukun juga sebenarnya.

3. Frasa طُولْ عُمْرِي disebut seperti ‘tulummri’.

4. Frasa بَكْرَهْ اللِّي pula disebut seperti, ‘bakrohelli.’

5. Frasa وَخُصُوصًا اللِّي pula disebut, ‘wa khusuusonelli.”


⚡️ Intonasi

Ayat-ayat ini boleh dipelbagaikan intonasi mengikut kesesuaian situasi.


⚡️ Situasi

Kesemua ayat-ayat dalam video ini ialah sopan dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi, peringkat dan juga audiens.


⚡️ Budaya

Orang Arab moden kebanyakannya menggunakan lafaz القسم atau sumpah seperti والله di awal ayat mereka apabila ingin memberikan unsur penekanan.

Namun, ada satu tabiat buruk yang dilakukan oleh sebahagian kecil orang Mesir iaitu bersumpah dengan selain daripada Allah seperti والنبي, وحياة أمك dan sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, perkara ini perlu dielakkan. Kerana kita dilarang untuk bersumpah dengan selain daripada Allah.


⚡️ Pesanan Ringkas

Beri perhatian kepada cara untuk menyambung sebutan antara dua perkataan.