Pelajaran 6

Pelajaran 6

فِيهْ حَاجَةْ مِدَايْقَاكْ؟

Ada sesuatu yang mengganggu (fikiran) kamu?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. مَا لَكْ إِنْتَ كَمَانْ؟

2. فِيهْ حَاجَهْ مِدَايِقَاكْ؟

Terjemahan

1. Kenapa pula dengan kamu ni?

2. Ada sesuatu yang mengganggu (fikiran) kamu?

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan مَا asalnya bermaksud ‘apa’. Tetapi dalam konteks ini diterjemah sebagai ‘kenapa’.

2. Perkataan لَكْ asalnya bermaksud ‘bagi kamu’ / ‘untuk kamu’. Tetapi dalam konteks ini diterjemah sebagai ‘dengan kamu.’

3. Perkataan إِنْتَ bermaksud ‘kamu’ untuk lelaki.

4. Perkataan كَمَانْ bermaksud ‘juga’ atau ‘pula’.

5. Perkataan فِيهْ bermaksud ‘ada’.

6. Perkataan حَاجَةْ bermaksud ‘sesuatu’. Padananya dalam bahasa Arab Fusha ialah شيء.

7. Perkataan مِدَايِقَاكْ pula bermaksud ‘mengganggu kamu’ atau ‘buat kamu rasa tidak selesa’.

Asalnya dalam bahasa Arab Fusha ialah مُضَايِقَتُكَ. Ini ialah ism al-fa’il dalam bentuk al-muannath bagi fi’il ضَايَقَ- يُضَايِقُ.

Macam mana boleh jadi مِدَايِقَاكْ?

Huruf ض disebut sebagai د dalam perkataan ini. Kemudian ta al-marbutah yang berada selepas huruf ق pula ditukar sebutannya seolah-olah ianya adalah huruf alif.


⚡️ Cara Sebut

1. Ayat nombor satu (1) disebut; maalak kenta kamaan?

2. Ayat nombor dua (2) disebut; fii haagah miday ak? Huruf ج pada حاجة disebut seperti G.


⚡️ Intonasi

Kedua-dua ayat ini ialah ayat pertanyaan dan boleh diucapkan dengan nada menaik untuk menggambarkan pertanyaan.


⚡️ Situasi

1. Ayat nombor satu (1) boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Sebagaimana jelas daripada maksudnya, kita tahu yang kita boleh guna ayat ini untuk bertanya tentang seseorang, apa yang buat dia berada dalam keadaan atau mood tertentu.

2. Ayat nombor dua (2) boleh digunakan untuk mendapat perincian apabila kita melihat seseorang berada dalam keadaan gelisah. Kita ingin tahu, adakah di sana sesuatu yang menyebabkan dia kelihatan seperti itu?