Pelajaran 8

Pelajaran 8

لِيهْ مَبِتِسْمَعْشْ الكَّلَامْ؟

Kenapa kamu tak dengar cakap?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

  1. حُسَامْ إنْتَ لِيهْ مَبِتِسْمَعْشْ الكَّلَامْ؟
Terjemahan

“Husam, kenapa kamu tak dengar cakap?”

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan حسام ialah nama orang.

2. Perkataan إنْتَ ialah Kata Ganti Nama Diri yang digunakan untuk pihak kedua (pendengar) lelaki. Untuk perempuan kita gunakan إِنْتِي.

3. Perkataan لِيهْ ialah kata tanya yang bermaksud ‘kenapa’. Padanannya dalam bahasa Arab Fusha ialah لِمَاذَا.

Kata Tanya dalam dialek Mesir boleh berada di awal ayat dan boleh juga berada di akhir ayat.

Ini bererti, ayat ini juga boleh diucapkan seperti berikut:

حُسَامْ إنْتَ مَبِتِسْمَعْشْ الكَّلَامْ لِيهْ؟

4. Perkataan مَبِتِسْمَعْشْ ialah fi’il mudhari dalam bentuk penafian untuk بِتِسْمَعْ yang bermaksud ‘kamu (L) dengar’.

Fi’il mudhari’ بِتِسْمَعْ ini kemudiannya ditambah atau ‘dikapit’ dengan مَ(mim baris fathah) dan شْ (baris sukun) di akhirnya untuk membawa maksud penafian.

Jadilah terjemahannya, ‘kamu tidak mendengar’.

5. Perkataan الكلام bermaksud ‘kata-kata’.


⚡️ Cara Sebut

Ayat ini disebut seperti:

Husaamenta leeh maBtesma’shil kalaam?

Perhatikan bagaimana sebutan di akhir setiap perkataan semasa bergabung dengan awal perkataan selepasnya.

Perkara ini penting untuk kita perhatikan supaya sebutan kita dilihat seperti ‘native speaker’.

Sama seperti bahasa Melayu juga, setiap perkataan yang kita sebut ada caranya yang tersendiri apabila disebut secara pantas dalam bercakapan.


⚡️ Intonasi

Suara semakin meninggi seperti seorang yang ingin bertanya dan mempersoal.


⚡️ Situasi

Ayat ini boleh digunakan apabila nak membebel dekat orang. 😁