Menguasai dialek Mesir kini tidak lagi sesukar dahulu. Melalui aplikasi khas AmmiyFlix, setiap hari anda akan disajikan dengan klip video dialek Mesir daripada movie Mesir dan juga media sosial yang disertakan dengan huraian lengkap dalam bahasa Melayu.
Selepas ini, ‘nak tangkap’ percakapan orang Mesir bukan lagi satu masalah. Anda mampu memahami, mengulang semula ayat mereka perkataan demi perkataan dan membina ayat anda sendiri dengan mudah!
Disertai oleh lebih 800+ pencinta bahasa Arab dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Selatan Thai.
Satu video pendek yang diambil daripada movie, drama bersiri atau vLog berdurasi 3 – 40 saat akan diberikan setiap hari. Tujuan diberikan video pendek seperti ini ialah supaya dapat memudahkan proses tiru dan ulang. Dengan mendapat ‘dos harian‘ dan latihan yang cukup, ini dapat membina tabiat belajar bahasa yang baik iaitu; biar sedikit asal berterusan. Selain itu, peserta akan diberikan sebanyak 100+- latih tubi setiap bulan. Latih tubi ini boleh dibuat berkali-kali untuk mantapkan kefahaman.
Setiap video klip akan disertakan dengan penerangan dalam bentuk tulisan. Penerangan ini akan menyentuh sudut sebutan, qawa’id dan juga tips & tricks. Dengan menggunakan teknik ulang dan tiru, kita akan dapat kuasai tiga perkara sekaligus: Cara sebut yang betul. Intonasi sesuatu ayat (naik turun suara ketika mengucapkan sesuatu ayat). Situasi yang sesuai untuk menggunakan sesuatu ayat (supaya tak terguna pada tempat yang salah!)
Belajar di AmmiyFlix juga seolah-olah belajar terus dari penutur jati kerana sumbernya ialah rakaman movie dan video orang Arab Mesir asli. Bahkan AmmiyFlix lebih menarik kerana walaupun sumber utama bahan pembelajaran dalam dialek Mesir, tetapi semua penjelasan dan huraian sepenuhnya dalam bahasa Melayu!
Apabila banyak terlibat dengan video orang Mesir, kita akan dapat mengenali budaya Mesir. Ini dapat membantu anda agar tidak kekok dengan orang Mesir, mudah membina hubungan lebih rapat dan sekaligus memudahkan anda belajar bahasa mereka.
Peserta tidak bersendirian dalam program ini! Peserta boleh bertanya soalan terus kepada panel Q&A melalui platform yang disediakan pada bila-bila masa saja 24/7. Jawapan akan diberikan melalui emel. Soalan yang terpilih pula akan dimasukkan dalam koleksi soal jawab yang boleh diakses oleh semua peserta. Nama peserta akan disembunyikan.
Belajar melalui aplikasi dan laman web AmmiyFlix yang interaktif, tidak terikat dengan masa dan tempat. Selagi anda mempunyai akses ke internet, setiap masa dan di mana sahaja anda boleh buat latihan mendengar dan bercakap sehingga dapat capai target anda memahami dan menguasai dialek Arab Mesir.
Tonton video pelajaran yang dilepaskan setiap hari. Hadam huraian yang diberikan, kemudian hafal ayat-ayat yang penting. Setelah itu, anda boleh ulang dengar video yang sama berkali-kali sepanjang hari tersebut. Ini akan melatih 'telinga' anda untuk mudah 'tangkap' percakapan orang Mesir.
Ini kerana, anda mendengar video yang sama berulang-ulang kali dalam keadaan faham. Semua ayat yang diberikan ialah ayat yang betul-betul digunakan oleh orang Mesir dalam kehidupan seharian mereka.
Perkara paling mustahak dalam pembelajaran bahasa ialah latihan.
Melalui latih tubi ini, anda akan dapat mantapkan pengetahuan tatabahasa yang telah dipelajari dan juga berlatih menggunakan ayat yang telah dipelajari dalam konteks yang berbeza-beza dalam kehidupan sebenar.
Di masa lapang, anda boleh ulang kuiz yang sama sebagai latihan. Sehinggalah anda betul-betul menguasai kosa kata, ayat dan maklumat tatabahasa yang dipelajari.
Setelah cukup latihan mendengar, latihan membina dan menyusun ayat, ingat vocab dan tahu cara untuk menyebut setiap ayat, anda kini sudah bersedia untuk menggunakan ayat-ayat yang dipelajari dalam kehidupan sebenar! Yang paling penting, anda boleh belajar semua ini mengikut masa anda sendiri.
Ini ialah halaman utama pembelajaran. Di halaman ini, anda boleh memilih pelajaran baharu setiap hari, bertanya soalan ataupun membaca koleksi soalan-soalan yang pernah ditanya sebelum ini.
Di halaman ini, anda boleh menonton video pelajaran semasa, beserta sarikata yang disediakan oleh pihak AmmiyFlix. Anda boleh berlatih mendengar dan mengubah kelajuan video sekiranya perlu. Setelah membaca huraian dan memahami setiap teks yang diucapkan, anda boleh kembali semula ke halaman ini dan menggunakan fungsi 'Kira Hafalan' untuk mengira sendiri berapa kali anda telah mengulang ayat yang digunakan dalam video.
Setiap video pelajaran yang diberikan beserta transkripsi teks yang diucapkan dalam video dan juga terjemahan dalam bahasa Melayu santai. Ini memudahkan peserta untuk tahu sendiri bilakah sesuai untuk sesuatu ayat digunakan. Teks Arab mempunyai fungsi untuk dibesarkan dan dikecilkan untuk memberikan pengalaman belajar yang menyelesakan buat peserta.
Selain transkripsi dan terjemahan, setiap video akan diberikan huraian secara terperinci dari sudut tatabahasa, mufradaat, uslub, cara sebutan, intonasi dan budaya Mesir. Cukup 15 minit sahaja sehari untuk peserta belajar di AmmiyFlix dan menghadam huraian secara berfokus. Kemudian di masa lapang, boleh ulang dengar video pelajaran sambil menghafal. Mudah bukan?
Tidak cukup dengan huraian! Peserta juga diberikan latih tubi sebanyak 10 soalan untuk setiap 3 pelajaran. Ini menjadikan, peserta boleh menjawab 100 soalan kuiz sebagai medan untuk peserta terus praktik apa yang dipelajari. Jika ingin mengulangkaji pelajaran-pelajaran lama, peserta boleh ulang jawab kuiz berkaitan berkali-kali. Tiada had limit. Boleh ulang sampai betul-betul ingat!
Belum pernah belajar dialek Mesir tapi pernah belajar bahasa Arab Fusha? Jangan risau! Siri video straight to the point ini akan bantu anda faham semua topik asas dalam tatabahasa atau qawa'id dalam dialek Mesir.
Format: Video.
Nak kenal nama kebanyakan benda kita jumpa dalam kehidupan seharian? Nak tahu kata kerja yang kita selalu guna setiap hari? Jangan risau. Ini 'cheatsheet' khas untuk peserta AmmiyFlix! Setiap kata kerja yang diberikan, disertakan bersama ayat contoh dan baris yang penuh!
Format: Google Sheet.
Kebiasaan program pembelajaran bahasa atas talian melalui aplikasi interaktif pada hari ini mengenakan yuran sekitar 20USD – 50USD/bulan.
Tetapi di AmmiyFlix, anda akan mendapat kesemua ini:
Penguasaan kosa kata dan ayat penting dialek Mesir secara terbimbing.
Akses ke dashboard peribadi setiap peserta dan belajar pada bila-bila masa 24/7.
Pembelajaran fleksibel melalui web app AmmiyFlix.
🎁 BONUS EKSKLUSIF 1: Siri Video Tatabahasa Dialek Mesir (Straight to the point!)
🎁 BONUS EKSKLUSIF 2: Cheatsheet Senarai Perkataan Kerap Berulang Dialek Mesir (Google Sheet)
Bukan dengan:
RM89.00
Untuk masa terhad, hanya: RM25/bulan sahaja!
(Tak sampai 1 ringgit pun sehari untuk dapatkan ‘teman’ Arab’ yang available untuk anda 24 jam, belajar dialek Mesir dan tingkatkan kemahiran berbahasa Arab secara berpandu!)
Anda akan terus mendapat akses automatik ke dashboard peserta sebaik sahaja pendaftaran berjaya.
Saluran pembayaran utama yang disediakan ialah menggunakan kad debit / kad kredit. Ini bertujuan memudahkan peserta.
Peserta tidak perlu lagi bersusah payah melakukan transfer secara manual. Yuran akan ditolak secara automatik pada setiap bulan, selama 12 bulan tanpa sebarang caj tambahan.
Peserta boleh hentikan sendiri langganan pada bila-bila masa sahaja melalui dashboard peribadi setiap peserta. Di dashboard, sila klik ‘Tetapan Langganan’, kemudian klik ‘Hentikan Langganan’.
✅ Kami juga menerima transaksi perbankan online (online transfer).
Untuk pembayaran menggunakan online transfer, sila hubungi kami di sini untuk kami bantu:
WhatsApp AmmiyFlix
Pembelajaran dijalankan secara online melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit AmmiyFlix (tersedia untuk Apple dan Android).
Setiap peserta akan mempunyai nama pengguna (username) dan kata laluannya untuk masuk ke halaman pembelajaran (dinamakan Dashboard). Semua bahan pelajaran akan dimuatkan di sini.
Dengan cara ini, peserta tidak lagi terikat dengan sebarang masa dan tempat yang tertentu.
Boleh belajar dengan selesa pada bila-bila masa dan di mana pun anda berada .
Pelajaran baharu akan diberikan setiap hari, pada jam 8 pagi (waktu Malaysia).
Setiap peserta akan menerima dua jenis bahan pelajaran:
ModulAmmiyFlix ini akan mengambil masa selama 18 bulan.
Sepanjang 18 bulan ini anda akan dibawa meneroka pelbagai jenis ayat dialek Mesir dalam pelbagai situasi dan konteks, untuk membantu anda menguasai sebanyak mungkin kosa kata dan struktur ayat dialek Arab Mesir.
Modul ini disusun oleh Khalif Rizal.
Video yang akan dipelajari merangkumi petikan daripada movie, drama bersiri, vlog dan juga video daripada YouTuber Arab Mesir yang terkenal.
Kesemua video menggunakan dialek Arab Mesir sepenuhnya, dengan kelajuan percakapan dan laras bahasa yang berbeza-beza.
Ke semua video ini ialah hakcipta pemilik asalnya dan nilai yang AmmiyFlix tawarkan ialah manfaat pembelajaran bahasa daripada video-video berkenaan.
Sudah tentu, peserta boleh bertanya soalan semudah menekan butang ‘Pertanyaan’ yang disediakan di halaman dashboard setiap peserta.
Anda boleh menghubungi panel pada bila-bila masa sahaja melalui saluran yang disediakan ini.
Panel Soal jawab kami bersedia membantu.
Program ini amat sesuai disertai oleh siapa sahaja yang telah mempunyai asas yang minima dalam bahasa Arab Fusha.
Pelajar SPM, STAM, Asasi Pengajian Islam, siswaza, pascaswazah dan sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar dialek Mesir amat digalakkan mendaftar.
Program ini memerlukan anda untuk mempunyai sedikit sebanyak asas dalam Nahu, Sorof dan kadar minima kosa kata dalam bahasa Arab.
Sekiranya anda mahu mula belajar bahasa Arab daripada kosong, kami amat sarankan anda menyertai Kelas Bahasa Arab Aljahiz.
Anda boleh menghentikan langganan dengan mudah melalui dashboard anda sendiri pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Anda hanya perlu klik:
Menu > Tetapan Langganan > Hentikan Langganan.
Jika perlukan sebarang bantuan, sila WhatsApp kami:
Ya. Laman web AmmiyFlix sememangnya direka khas untuk pengguna telefon pintar, tablet dan juga komputer.
Paparan terbaik dapat dilihat menerusi telefon pintar.
Perlu bantuan?
Hubungi AmmiyFlix Customer Happiness Team melalui WhatsApp:
Copyright © AmmiyFlix ialah program di bawah Akademi Dialek Mesir. Dimiliki oleh: Sakhr Solution (KT0433706-K).