Pelajaran 12

Pelajaran 12

مُشْ هَنِقْدَرْ نِرُوحْ وِنِيجِي كُلّ يوم

Kami tak mampu untuk ulang-alik setiap hari

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

  1. إنْتَ والمِشْوَارْ بَعِيدْ
  2. مُشْ هَنِقْدَرْ نِرُوحْ وِنِيجِي كُلّ يوم.

Terjemahan

1. Dan perjalanan pula jauh.

2. Kita yak akan mampu untuk pergi dan datang (berulang) setiap hari

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan المِشْوَارْ bermaksud ‘perjalanan’.

2. Perkataan بَعِيدْ bermaksud ‘jauh’.

3. Frasa مُشْ هَنِقْدَرْ bermaksud kami tak akan mampu.

Perkataan مُشْ di sini bermaksud tidak. Ada keadaan lain مُشْ juga boleh bermaksud bukan.

Perkataan هَنِقْدَرْ pula ialah gabungan antara نِقْدَرْ dengan هَـ yang bermaksud ‘akan’.

Perkataan نقدر itu sendiri ialah fi’il mudhari’ untuk قدر yang bermaksud ‘mampu’.

Perkataan نقدر bermaksud ‘kami mampu’.

4. Perkataan نِرُوحْ ialah fi’il mudhari’ bagi رَاحْ yang bermaksud ‘pergi’.

Perkataan نِرُوحْ pula bermaksud ‘kami pergi’.

5. Perkataan نييجي ialah fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘kami datang’. Asalnya ialah نَجِيء.

6. Frasa كل يوم bermaksud ‘setiap hari’.


⚡️ Cara Sebut

1. Ayat nombor (1) disebut: el-Mishwoor ba’eed.

2. Ayat nombor (2) disebut:

Mish hane’dar niruh wo niigi koll youm.

Huruf ق pada نقدر disebut seperti أ.


⚡️ Intonasi

Diucapkan dengan nada sekata.


⚡️ Situasi

Ayat-ayat ini ialah ayat-ayat yang sopan dan sesuai digunakan dalam semua keadaan.