Pelajaran 16

Pelajaran 16

بِدُونْ تَرَدُّدْ

Tanpa ragu-ragu

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. يُوسِفْ بِيهْ

2. دَهْ الكَّارْتْ الشَّخْصِي بِتَاعِي

3. أَرْجُوكْ أَرْجُوكْ

4. لَوْ احْتَجْتَنِي فِي أَيّ خِدْمَةْ ، تِكَلِّمْنِي بِدُونْ تَرَدُّدْ.

Terjemahan

1. Tuan Yusuf.

2. Ini kad peribadi saya.

3. Saya merayu, saya merayu.

4. Jika kamu perlukan saya untuk apa-apa bantuan, hubungilah saya tanpa ragu-ragu (tanpa berlengah).

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan بِيهْ ditambah di hujung nama seseorang dengan maksud ‘Tuan’ atau ‘Encik’.

Namun, apabila diterjemah, perkataan ‘Tuan’ atau ‘Encik’ itu berada di awal nama seseorang.

Contoh:

Encik Ahmad: أَحْمَدْ بِيهْ

Panggilan ini merupakan salah satu daripada panggilan hormat di Mesir.

2. Perkataan ده ialah Kata Tunjuk yang bermakdud “ini”. Kita gunakan apabila merujuk kepada sesuatu yang bersifat maskulin.

3. Frasa الكَّارْتْ الشَّخْصِي bermaksud ‘kad peribadi’. Ini ialah frasa al-Sifah dan al-Mawsuf.

4. Perkataan بِتَاعِي bermaksud, ‘Milik saya’.

Berikut ialah Konjugasi untuk perkataan ini:

Milik saya: بِتَاعِي

Milik kami: بِتَاعْنَا

Milik awak (L): بِتَاعَكْ

Milik awak (P) : بِتَاعِكْ

Milik kalian: بِتَاعْكُو

Milik dia (L): بِتَاعُهْ

Milik dia (P):بِتَاعْهَا

Milik mereka: بِتَاهُمْ

5. Perkataan أَرْجُوكْ bermaksud ‘saya merayu kepada kamu’.

Ini ialah fi’il mudhari’ yang merujuk kepada ‘saya’

Huruf كْ di akhir perkataan bermaksud ‘kamu’.

6. Perkatan لَوْ bermaksud ‘kalau’ atau ‘jika’.

Selepas perkataan ini, mesti diikuti oleh fi’il madhi.

7. Perkataan احْتَجْتَنِي ‘kamu perlukan saya’.

Ini ialah gabungan antara:

اِحْتَجْ + تَ + نِي

8. Frasa فِي أَيّ خِدْمَةْ bermaksud ‘dalam apa-apa khidmat / bantuan’.

Perkataan فِي diterjemah sebagai ‘dalam’.

Perkataan أيّ  diterjemah sebagai apa-apa.

Perkataan خِدْمَةْ diterjemah sebagai ‘khidmat’ atau ‘bantuan’.

9. Perkataan تِكَلِّمْنِي ialah fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘kamu hubungi saya’.

10. Frasa بِدُونْ تَرَدُّدْ bermaksud ‘tanpa ragu-ragu’.

Perkataan بِدُونْ diterjemah sebagai ‘tanpa’.

Perkataan تَرَدُّدْ bermaksud ‘ragu-ragu’.


⚡️ Cara Sebut

1. Semua huruf ج dalam video ini disebut dengan bunyi ‘G’. Contohnya pada perkataan أَرْجُوكْ dan احْتَجْتَنِي.

2. Frasa لَوْ احْتَجْتَنِي ayat nombor empat (4) disebut: laweh-tag-tini.


⚡️ Intonasi

Ayat-ayat dalam video ini hanya menggunakan intonasi biasa. Sila perhatikan dalam video intonasi yang betul.

Beri perhatian juga dari sudut syaddah, panjang pendek dan sebutan ketika huruf-huruf bersambung.


⚡️ Situasi

1. Ayat (1) boleh digunakan untuk mrmanggil semua orang yang kita hormati. Menjadi kebiasaan orang Mesir, meletakkan panggilan hormat selepas menyebut nama.

Ini berbeza dengan kebiasaan kita di nusantara.

2. Ayat (3) digunakan ketika merayu.

3. Ayat (4) digunakan ketika menawarkan bantuan kepada seseorang.