Pelajaran 18

Pelajaran 18

سُؤَالْ مُحْرِجْ بَسِّ شُوَيَّهْ

Soalan agak annoying sikit.

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. لَا مُؤَاخْذَةْ يَابَاشَا ، سُؤَالْ مُحْرِجْ بَسِّ شُوَيَّهْ

2. هُوَّ حَضْرِتَكْ يَعْنِي مَوْلُودْ كِدَهْ

وَلَّا شَلِّيتَ عَلَى كَبَرْ؟

3. لَا، خَلَاصْ

بَلا إِيهْ بَلا مُشْ إيهْ

4. أَنَا بَسَلِّي نَفْسِي بَسّ يَا بَاشَا

Terjemahan

1. Maaf tuan, soalan yang agak mengganggu sikit.

2. Tuan memang dilahirkan macam ni atau jadi lumpuh kerana faktor tua?

3. Tak, dah, dah. Tak payah ehh, tak payah bukan ehh.

4. Saya cuma hiburkan diri saya sahaja tuan.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan لَا مُؤَاخْذَةْ ialah salah satu cara untuk meminta maaf dalam dialek Mesir. Tak kira nak minta maaf dari orang lelaki atau perempuan. Seorang atau ramai. Ayat yang digunakan ialah sama.

2. Panggilan يَابَاشَا digunakan untuk memanggil, ‘wahai tuan’.

3. Frasa سُؤَالْ مُحْرِجْ ialah frasa al-sifah dan al-mawsuf yang bermaksud ‘soalan yang menganggu / menjengkelkan’.

4. Perkataan شُوَيَّهْ bermaksud ‘sedikit’.

5. Perkataan هُوَّ di sini bukanlah kata ganti nama diri yang merujuk kepada ‘dia’.

Satu maklumat, dalam dialek Mesir, dhamir-dhamir ini juga boleh berada di awal ayat pertanyaan dengan tujuan untuk menarik perhatian orang yang ditanya.

6. Perkataan حَضْرِتَكْ ialah panggilan hormat untuk orang lelaki. Untuk orang perempuan pula kita katakan, حَضْرِتِكْ (beza pada baris ت)

7. Frasa مَوْلُودْ كِدَهْ bermaksud ‘dilahirkan begini’.

8. Perkataan وَلَّا bermaksud ‘atau’. Dalam dialek Mesir, kita tak gunakan perkataan أَوْ.

9. Ayat شَلِّيتَ عَلَى كَبَرْ bermaksud ‘menjadi lumpuh disebabkan oleh penuaan’.

10. Ayat بَلا إِيهْ بَلا مُشْ إيهْ bermaksud, ‘tak payah nak buat bunyi eh ehh lah’.

Terjemahan literalnya ialah ‘tak payah eh, tak payah bukan eh’.

Perkataan بلا diterjemahkan sebagai ‘tak payah’ dan digunakan dalam kebanyakan dialek Arab termasuklah Mesir, Saudi dan lain-lain.

Menurut pendapat Dr. Ikhwan Abdullah dalam salah satu tulisan beliau, perkataan ini berasal daripada بَلَهْ dalam bahasa Arab Fusha yang bermaksud اتْرُكْ / دَعْ dan dalam BM bermaksud ‘tinggalkan’.

11. Ayat بَسَلِّي نَفْسِي bermaksud ‘menghiburkan diri saya sendiri’. Fi’il بَسَلِّي ialah bentuk fi’il mudhari’ untuk سَلَّى – يِسَلِّي – تَسْلِيَةْ.

12. Perkataan يا باشا bermaksud ‘wahai tuan’.

 

⚡️ Cara Sebut

1. Huruf ج pada perkataan مُحْرِجْ disebut dengan G.

2. Dhamir هُوَّ disebut dengan syaddah pada huruf و.

 

⚡️ Intonasi dan Situasi

Semua ayat boleh digunakan dalam pelbagai intonasi dan situasi.