Pelajaran 22

Pelajaran 22

مَاتْقُولِّي؟؟

Bagitahulah aku?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. مَاتْقُولِّي؟؟

2. قُولِّي بَقَا عَايِزْ إِيهْ يَارُوحْ أُمَّكْ؟

Terjemahan

1. Kenapa tak bagitahu?

2. Bagitahulah, kau nak apa wahai ruuh ummak?

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Ayat مَاتُقُولِّي diterjemah sebagai, ‘kenapa tak bagitahu aku?’

Ianya ialah gabungan antara

مَا + تُقُولْ + لِي.

2. Begitu juga kata kerja قُولِّي. Ini ialah gabungan antara fi’il amar قُولْ + لِي.

Soalan: Kenapa huruf و dalam fi’il amar tidak dihazaf atau dibuang sedangkan dalam Fusha dibuang?

Jawapan: Huruf waw sememangnya dikekalkan dalam tulisan kebiasaan orang Mesir. Antara faktornya mungkin kerana fi’il قُول dipanjang kan sedikit sebutan UU-nya itu.

3. Perkataan بَقَا di sini berfungsi sebagai penguat selepas melakukan sesuatu suruhan. Jika dalam bahasa Melayu, kita terjemahkan sebagai ‘lah’. Contoh: Buatlah, makanlah, bacalah dan sebagainya.

4. Perkataan عَايِزْ atau boleh juga ditulis sebagai عَاوِزْ ialah ism al-fa’il bagi عَازْ – يِعُوزْ yang bermaksud ‘mahu’.

Ini bererti, عَايِزْ ialah ism al-fa’il yang bermaksud ‘seorang lelaki yang mahu’.

Manakala ‘seorang wanita yang mahu’ pula ialah عَايْزَةْ (baca: ‘ayza). 

5. Perkataan إِيهْ ialah Kata Tanya, yang bermaksud ‘apa?’

6. Panggilan يَا رُوحْ أُمَّكْ secara literalnya bermaksud, ‘wahai ruh ibu kamu’.

Tetapi biasanya digunakan untuk memaki atau menghina seseorang. Elakkan guna perkataan ini.


⚡️ Cara Sebut

1. Perkataan  مَاتْقُولِّي  disebut: mat ulli.

2. Perkataan قُولِّي disebut: ulli.

3. Perkataan بَقَا disebut: ba aa.

4. Kata Tanya إِيهْ disebut sama seperti menyebut huruf : A.

Contoh:

عَايِزْ A؟


⚡️ Intonasi dan Situasi

Ayat-ayat ini sesuai dalam pelbagai intonasi, mengikut kesesuaian.

Situasi pula, ayat kedua (2) hanya digunakan ketika terlalu marah. Terutamanya perkataan ياروح أمك. Sebaik-baiknya dielakkan daripada menggunakannya.

Kita belajar untuk tahu, tetapi kita sudah tentu tak mahu menggunakannya kerana ianya perkataan yang tidak baik.