Pelajaran 23

Pelajaran 23

مُمْكِنْ أَعْرَفْ؟

Boleh tak saya tahu?

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. مُمْكِنْ أَعْرَفْ يَابَاشَا

2. عَلَى أَيِّ أَسَاسْ بِتِتَّهِمْنِي التُّهْمَةْ الخَطِيرَةْ دِي؟

3. أَيْوَاااهْ، أَهُو دَهْ الكَّلَامْ ، أَنَا بَحِبّ المَنْطِقْ الهَادِي

Terjemahan

1. Boleh tak saya tahu, tuan?

2. Atas asas apa saya dituduh dengan tuduhan yang bahaya ni?

3. Haa, ni baru betul. Saya suka logik yang tenang macam ini.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Perkataan مُمْكِنْ bermaksud ‘bolehkah’.

2. Perkataan أَعْرَفْ bermaksud ‘saya tahu’.

3. Frasa يَابَاشَا ‘wahai Tuan’.

4. Frasa عَلَى أَيِّ أَسَاسْ diterjemah sebagai, ‘atas asas apa?’

5. Fi’il بِتِتَّهِمْنِي asalnya ialah تِتَّهِمْنِي ialau fi’il mudhari yang Fushanya ialah تَتَّهِمُنِي yang bermaksud ‘kamu menuduh saya’.

6. Perkataan التُّهْمَةْ bermaksud ‘tohmahan’ atau tuduhan.

7. Perkataan الخَطِيرَةْ boleh diterjemah sebagai ‘berbahaya’ atau ‘besar’.

8. Perkataan دِي pula ialah kata tunjuk untuk perkataan yang dikategorikan sebagai feminin (muannath). Maskulin atau muzakkarnya ialah دَهْ.

7. Perkataan أَيْوَاااهْ bermaksud ‘yaa’.

8. Ayat أَهُو دَهْ الكَّلَامْ diterjemah sebagai ‘haa ni baru betul’.

9. Frasa أَنَا بَحِبّ ‘saya suka’.

10. Perkataan المنطق ialah ‘logik’.

11. Perkataan الهادي bermaksud ‘yang tenang’.


⚡️ Cara Sebut

1. Frasa التُّهْمَةْ الخَطِيرَةْ disebut ‘et-TuhmaL khatiirah’.

2. Ayat أَهُو دَهْ الكَّلَامْ disebut ‘ahuwwa dak kalaam’.


⚡️ Intonasi dan Situasi

1. Ayat (1) dan (2) disebut dengan nada pertanyaan.

2. Ayat (3) disebut dengan nada menerang.

3. Ayat أَهُو دَهْ الكَّلَامْ digunakan apabila kita bersetuju dengan seseorang.