ثَانْيَةْ وَاحْدَةْ يَافَنْدِمْ
Tunggu kejap Tuan
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
Transkripsi
ثَانْيَةْ وَاحْدَةْ يَافَنْدِمْ بَعْدْ إِذْنَكْ
ثَانْيَةْ وَاحْدَةْ
Terjemahan
Tungu sekejap tuan. Dengan izin.
Tungu kejap.
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Frasa ثَانْيَةْ وَاحْدَةْ secara literalnya bermaksud ‘satu saat’. Namun ia digunakan dalam dialek Mesir dengan maksud ‘sila tunggu’ atau ‘tunggu sekejap.’
2. Panggilan يَافَنْدِمْ ialah panggilan hormat boleh digunakan untuk memanggil orang lelaki dan orang perempuan.
3. Ayat بَعْدْ إِذْنَكْ bermaksud ‘dengan izin kamu’.
Jika orang yang diminta izin itu ialah perempuan maka kita ubahkan baris sebelum kaf. Ia menjadi:
بَعْدْ إِذْنِكْ
Baca: ba’d iznIk.
⚡️ Cara Sebut
Ayat ini disebut: sanya wahda ya fandim, sanya wahdah.
Huruf ث pada perkataan ثَانْيَةْ disebut sebagai س. Seolah-olah perkataan itu ialah سَانْيَةْ.
⚡️ Intonasi dan Situasi
Sesuai digunakan dalam semua situasi untuk meminta izin atau meminta orang tunggu.