الطَّلَبَاتْ دِي عَنْدِي
Semua order ni saya bayar
Aktiviti 1: Video Pelajaran
Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.
Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan
Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya.
Transkripsi
1. مُشْ مُمْكِنْ
المَحَلّ نَوَّرْ!
2.الأُسْتَاذْ رَاضِي بِنَفْسُهْ
أنا مُشْ مِصَدَّقْ
3.اِزَّيَّكْ يَافَنْدِمْ؟
اِزَّيْ حَضْرِتَكْ؟
4.اِزَّيَّكْ يا رَيِّسْ
5.اِتْفَضَّلْ كُلْ مَعَانَا
6.بِِالْهَنَا وَالشِّفَا
7.أنا مُشْ جَايْ آكُلْ ، أنا جَايْ في شُغْلْ
8.يَا أُسَامَةْ الطَّلَبَاتْ دِي عَنْدِي
9. لِيهْ بَسّ كِدَهْ؟
Terjemahan
1. Tak mungkin (apa yang saya lihat ni)! Kedai ni bercahaya (dengan kehadiran kamu!)
2. Ustaz Radhi sendiri (yang datang sini)?! Saya tak percaya!
3. Apa khabar Tuan? – Apa khabar Tuan?
4. Apa khabar bos?
5. Silakan, makan dengan kami!
6. Selamat menjamu selera.
7. Saya tak datang untuk makan. Saya datang untuk urusan kerja.
8. Usamah, semua order ni saya bayar!
9. Kenapa macam ni pulak? (Dia nak orang belanja, tapi buat-buat macam menolak. 😂)
Aktiviti 3: Huraian
Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.
⚡️ Huraian Kaedah
1. Perkataan نَوَّرْ ialah fi’il madhi yang bermaksud ‘bercahaya’.
2. Frasa بِنَفْسُهْ bermaksud ‘sendiri’.
3. Penggilan-panggilan seperti يَافَنْدِمْ, رَيِّسْ dan حَضْرِتَكْ digunakan sebagai panggilan hormat kepada pihak kedua / pendengar.
Panggilan ريس hanya khas untuk lelaki.
Panggilan فندم boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
Manakala حضرتَِكْ boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan cuma berbeza pada baris sebelum ك.
Baris fathah bila merujuk kepada lelaki. Baris kasrah bila merujuk kepada perempuan.
4. Perkataan اِتْفَضَّلْ ialah fi’il amr yang kita gunakan untuk mempersilakan orang.
5. Perkataan ْكُل ialah fi’il amr yang bermaksud ‘makanlah’.
6. Frasa مَعَانَا bermaksud ‘dengan kami’. Asalnya dalam bahasa Arab Fusha ialah مَعَنَا. Iaitu مع + نَا.
Namun, dalam dialek Mesir, huruf ع dipanjangkan sebutannya. Maka huruf alif ditambah selepasnya.
7. Perkataan مُشْ digunakan untuk penafian. Sama ada menafikan isim atau fi’il.
Ada ketika diterjemah sebagai ‘tidak’. Ada ketika diterjemah ‘bukan’.
Dalam konteks ini, مش bermaksud ‘tidak’.
Dari sudut sebutannya pula, boleh dibaca مُشْ atau مِشْ. Kedua-duanya sama sahaja.
8. Perkataan جَايْ (baca: Gaii) ialah ism al-fa’il bagi kata kerja جَاءَ. Asalnya جَائِي akan tetapi diringankan sebutannya maka huruf hamzah tidak disebut dan ditukar kepada ي.
Untuk perempuan, جَايَّةْ (Baca: Gayya)
9. Fi’il آكُلْ ialah fi’il mudhari’ untuk أنا. Madhinya ialah أكل.
10. Frasa في شغل bermaksud ‘untuk urusan kerja’.
⚡️ Cara Sebut
1. Perkataan مِصَدَّقْ : mesaddak (huruf ق dibaca hamzah)
2. Perkataan حَضْرِتَكْ : hadretak.
3. Frasa جَايْ آكُلْ: gayaakul.
4. Perkataan الطَّلَبَاتْ : et-tolobot
5. Perkataan عَنْدِي : ‘andi
⚡️ Intonasi dan Situasi
Ayat (1) dan Ayat (2) digunakan apabila terkejut atau tidak percaya apa yang dilihat.
Ayat (5) digunakan ketika mempelawa orang menyertai kita makan.
Ayat (6) ketika ingin mengucapkan selamat menjamu selera.
Ayat (8) ketika mahu membelanja seseorang.