Pelajaran 30

Pelajaran 30

فِي الحَقِيقَةْ ، أَنَا أَعْمِلْ لُكُو مُفَاجْأَةْ

Sebenarnya, saya buat surprise dekat kamu semua

Aktiviti 1: Video Pelajaran

Sila dengar video ini dengan baik dan cuba faham setiap perkataan yang dituturkan. Setelah meneliti transkripsi dan huraian, kembali semula ke halaman ini untuk hafalan. Ulang ayat ini sebanyak 50 kali.

0

Aktiviti 2: Transkripsi dan Terjemahan

Sila teliti teks Arab (transkripsi) untuk semua ucapan dalam video dan terjemahannya. 

+ Aa

Transkripsi

1. إِيهْ دَهْ؟

2. أُمَّالْ فِينْ الأَكْلْ يَا تُومِي (Tommy) ؟

أَنَا وَاقِعْ مِنْ الجُوعْ

3. حَالًا يَا مَأْمُونْ بِيهْ

4. إنْتَ مِسْتَنِّي نَاسْ وَلَّا إِيهْ؟

5. فِي الحَقِيقَةْ ، أَنَا أَعْمِلْ لُكُو مُفَاجْأَةْ

Terjemahan

1. Apa ni?

2. Mana makanan Tommy? Saya lapar sangat ni.

3. Sekarang juga (kami dapatkan) Tuan Makmun.

4. Kamu tunggu orang lagi ke apa?

5. Sebenarnya, saya buat surprise kepada kamu semua.

Aktiviti 3: Huraian

Sila teliti huraian untuk bahagian-bahagian penting dan terpilih untuk ucapan-ucapan dalam video pelajaran ini.

 

⚡️ Huraian Kaedah

1. Ayat أُمَّالْ فِينْ الأَكْلْ.

Perkataan أُمَّالْ bermaksud, “dah tu”, “kalau begitu” atau “jadi”. 

 Ia digunakan untuk membuat kesimpulan atau untuk menunjukkan bahawa sesuatu adalah akibat atau hasil daripada apa yang telah disebutkan sebelumnya.

Mari kita lihat beberapa contoh penggunaannya:

Situasi 1
Seorang pelajar memberitahu kawannya bahawa dia tidak belajar untuk peperiksaan esok. Kawan: أُمَّال إنت هتسقط (ummal inta hatesqot) Maksudnya: “Jadi, kau akan gagal lah.”

Situasi 2
Seseorang memberitahu bahawa restoran itu sudah tutup. Orang kedua: أُمَّال نروح فين؟ (ummal neruh fein?) Maksudnya: “Kalau begitu, kita nak pergi mana?”

Situasi 3 
Seorang anak memberitahu ibunya bahawa dia telah menghabiskan semua duitnya. Ibu: أُمَّال عايز فلوس تاني؟ (ummal ‘ayez fulus tani?) Maksudnya: “Jadi, kau nak duit lagi?”

Perkataan أُمَّال (ummal) ini sangat berguna dalam perbualan harian di Mesir. Ia memberi penekanan kepada hubungan sebab dan akibat dalam perbualan, atau untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang baru diterima.

Kata Tanya فين bermaksud ‘di mana’.

Perkataan الأكل bermaksud makanan. Dalam bahasa Arab dialek secara umumnya, perkataan الطَّعَامْ tidak digunakan. Jika ingin cakap tentang makanan, perkataan الأكل akan digunakan.

2. Ayat وَاقِعْ مِنْ الجُوعْ digunakan untuk menggambarkan seseorang terlalu lapar.

3. Berbeza dengan panggilan lain, perkataan بيه yang bermaksud ‘tuan’ disebut selepas nama, bukan sebelum.

Contohnya: مَأْمُونْ بِيهْ = Encik Makmun / Tuan Makmun.

4. Perkataan مِسْتَنِّي ialah اسم الفاعل bagi اسْتَنَّى untuk muzakkar.

Untuk muannath ialah مِسْتَنِّيَهْ.

5. Frasa وَلَّا إِيهْ mempunyai kegunaan yang sama dengan ‘ke ape?’ / ‘atau apa’ yang kita gunakan dalam bahasa Melayu.

6. Frasa فِي الحَقِيقَةْ bermaksud ‘yang sebenarnya’.

7. Frasa أَعْمِلْ لُكُو bermaksud ‘saya lakukan untuk kamu’.

Asal لُكُو ialah لَكُمْ.

 

⚡️ Cara Sebut

1. Huruf ق pada perkataan واقع dan الحقيقة disebut dengan أ.

Sebutan untuk kedua-duanya:

وَائِعْ

الحَئِيئَةْ

2. Perkataan مُفَاجْأَةْ: mufag-ah.

 

⚡️ Intonasi dan Situasi

Ayat (1) digunakan ketika terkejut akan sesuatu. Sama seperti dalam bahasa Melayu, ‘Apa ni?’

Ayat (2) digunakan ketika nak cakap yang kita terlalu lapar.

Terutamanya ayat: أنا واقع من الجوع.

Ayat (3) digunakan ketika ingin beritahu yang kita akan lakukan sesuatu perkara sesegera mungkin. Iaitu perkataan حالًا.

Ayat (5) digunakan ketika ingin membuat kejutan kepada seseorang.